Pak Lah dirawat di IJN

Beliau dirawat akibat kekurangan oksigen dalam badan.

Pak Lah dirawat di IJN

Khairy Jamaluddin memaklumkan bapa mentuanya yang juga bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Khairy berkata Abdullah yang mesra dipanggil Pak Lah dimasukkan ke IJN sejak petang semalam akibat “small spontaneous pneumothorax” atau kekurangan oksigen dalam badan.



“Beliau berada dalam keadaan yang stabil dan mash berada di CCU IJN sekarang ini untuk pemantauan doktor.

“Alhamdulillah, beliau berada dalam keadaan baik namun memerlukan rehat yang secukupnya,” katanya dalam catatan di IG Story Instagram.

Khairy yang juga bekas menteri kesihatan berkata Abdullah tidak dibenarkan menerima pelawat buat masa ini, namun beliau dan keluarga menghargai doa dan kata-kata semangat buat negarawan itu.

“Saya mewakili seluruh ahli keluarga amat menghargai doa serta kata-kata semangat yang dititipkan buat beliau tetapi pihak IJN menasihatkan agar beliau tidak menerima pelawat buat masa ini.”



Proses rawatan Abdullah yang juga bekas Ahli Parlimen Kepala Batas dipantau pakar Kardiologi IJN Dr Azmee Ghazi.

Pada September 2022, Khairy buat pertama kalinya mendedahkan mengenai penyakit demensia dihidapi Abdullah.

Khairy yang juga bekas ketua Pemuda Umno berkata Abdullah mula menunjukkan tanda kemerosotan kognitif (cognitive impairment) sejak 2009 selepas beliau bersara daripada jawatan perdana menteri. FMT

Pak Lah dirawat di IJN



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini



‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)

Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan



Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker