UM mohon maaf kerana menjemput Bruce Gilley

UM mohon maaf kerana menjemput Bruce Gilley

Universiti Malaya (UM) akan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit dalam isu membabitkan seorang ahli akademik dari Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa Malaysia mahukan “Holocaust kedua” ketika menyampaikan ceramah, kelmarin.

Bruce Gilley, profesor sains politik di Portland State University, menyampaikan ceramah bertajuk “Will Malaysia Become an Active Middle Power” di UM– di mana beliau juga memperkecilkan hubungan Malaysia dengan AS.



UM berkata pihaknya sedang menyediakan laporan lengkap berhubung isu itu dan telah membatalkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah jemputan warga asing tersebut.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati terlibat dengan isu ini.

“UM turut memandang serius perkara ini dan memohon maaf kepada semua pihak,” katanya dalam kenyataan.

Gilley dalam catatan di X berkata: “Sebuah negara yang pemimpin politiknya menyokong Holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan menjadi pemain yang serius dalam hal ehwal dunia, dan sudah tentu tidak akan menjadi rakan atau rakan kongsi AS,’ daripada ucaptama saya semalam di KL mengenai dasar luar Malaysia.”



“Ini mengingatkan kembali kepada nasihat Mahathir (bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad) supaya belajar daripada Jerman bagaimana cara menghapuskan bangsa Yahudi.”

UM berkata untuk mengelakkan kejadian sama berulang pihaknya akan menambah baik prosedur dan garis panduan lebih ketat.

“(Ia) terutamanya semakan latar belakang mana-mana individu atau pihak yang akan bekerjasama termasuklah kajian penilaian risiko profil media sosial,” katanya.

Universiti itu turut mengecam kenyataan terbaharu Gilley berhubung aspek keselamatan mengembara ke Malaysia.



“UM juga akan terus menyokong pendirian kerajaan menentang sebarang unsur berkait dengan Israel dan menyokong penuh usaha mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka,” katanya.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan berulang kali mengutuk negara itu atas pelbagai serangannya ke atas Palestin, termasuk perang semasa di Gaza yang menyaksikan lebih 34,000 rakyat Palestin terbunuh dan 77,000 cedera sejak 7 Okt tahun lalu. FMT

UM mohon maaf kerana menjemput Bruce Gilley

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini

‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)



Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker