PRN Sabah: Perpaduan GRS-PH perlu diteruskan

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali mahu perpaduan sedia ada antara gabungan berkenaan dengan Pakatan Harapan (PH) diteruskan dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Ahli Parlimen Papar itu berkata walaupun kepimpinan tertinggi GRS belum membuat sebarang perbincangan mengenai formula kerjasama dalam pilihan raya akan datang, beliau mempunyai pendiriannya sendiri.

“Sabah dan Sarawak mempunyai formula masing-masing iaitu pada hakikatnya kerajaan negeri di Sabah hari ini adalah sebuah kerajaan Perpaduan dengan acuan sendiri melibatkan gabungan GRS-PH Plus,” katanya dalam kenyataan sempena pelancaran Jelajah Wanita GRS di Kota Marudu hari ini.



Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata komposisi kerajaan Sabah hari ini iaitu GRS-PH Plus dibentuk selepas pembentukan kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan

“Inilah formula kerajaan Perpaduan di Sabah. Selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS, semua ADUN PH dan beberapa ADUN daripada parti lain membuat keputusan supaya Datuk Seri Hajiji Noor kekal Ketua Menteri Sabah dan GRS amat menghargai sokongan dan kebersamaan mereka,” katanya.

Armizan berkata pembentukan sesebuah kerajaan tidak seharusnya berdasarkan faktor “ikut-ikutan” atau paksaan, tetapi perlu melalui hasil muafakat dan saling kepercayaan.

“Di pihak GRS, kami juga mahu mengelak risiko sejarah berulang. Tiba pilihan raya, kami mahu membentuk kerajaan yang stabil melalui permuafakatan.



“Bukan sahaja GRS perlu percaya kepada rakan kongsi, tetapi mereka juga perlu selesa dan yakin dengan kami,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin



Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker