Mahathir diarah fail pembelaan

Halim Saad mendakwa beliau “dipaksa” melepaskan pegangan dalam kumpulan Renong-UEM 22 tahun lalu.

Mahathir diarah fail pembelaan

Mahkamah Tinggi mengarahkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi individu yang dinamakan dalam saman taikun Halim Saad untuk memfailkan pembelaan mereka sebelum 6 Oktober ini.

Saman yang difailkan pada Julai lalu berkaitan pengambilalihan pegangan milik Halim dalam kumpulan Renong-UEM pada 2001.

Halim juga menamakan kerajaan persekutuan dan bekas menteri kewangan kedua Nor Mohamed Yakcop sebagai defendan dalam kes itu.

Semua defendan diwakili Pejabat Peguam Negara.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly berkata peguam Halim diarahkan untuk memfailkan jawapan mereka kepada pembelaan sebelum 23 Oktober.

“Sebarang permohonan interlokutori mesti difailkan sebelum 20 November,” kata Ahmad, selepas pengurusan kes secara dalam talian oleh penolong pendaftar kanan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Peguam Lim Yvonne mewakili Halim.

Halim mengemukakan tuntutan terhadap kerajaan, Mahathir, dan Nor Mohamed kerana “memaksa” beliau melepaskan pegangannya dalam kumpulan Renong-UEM serta hak yang diberikan kepadanya tanpa pampasan mencukupi, 22 tahun lalu.

Mahathir,98, adalah perdana menteri dari Julai 1981 hingga Oktober 2003 dan dari Mei 2018 hingga Februari 2020.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Halim yang juga bekas pengerusi eksekutif dan pengarah Renong mendakwa, beliau berniat membuat tawaran am bagi menswastakan UEM sebagai anak syarikat Renong, dengan pelaksanaan itu membolehkan plaintif memperoleh kawalan serta milikan penuh ke atas UEM.

“Namun, saya diarahkan oleh Mahathir dan Nor Mohamed supaya tidak meneruskan tawaran am itu kerana kerajaan ingin mengambil semua saham dalam UEM melalui entiti yang ditetapkan, iaitu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) atau pihak yang akan dicalonkan oleh Khazanah.

“Saya juga diarahkan keluar daripada UEM dan Renong sebagai pemegang saham, dan juga pengarah termasuk anak-anak syarikat dua syarikat itu.

“Ini mewajibkan saya menyerahkan kawalan ke atas Renong dan UEM kepada kerajaan, dan selanjutnya melupuskan saham Renong milik saya dengan kerugian,” dakwanya dalam pernyataan tuntutan itu.

Mahathir dalam kenyataan pada 11 Ogos lalu berkata, saman itu agak pelik kerana Halim juga cuba menyaman Nor Mohamed dan Khazanah pada 2013 tetapi gagal. FMT

Mahathir diarah fail pembelaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang

Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah

Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker