Polis tahan lelaki disyaki buat hantaran berunsur hasutan, penghinaan
Polis tahan lelaki disyaki buat hantaran berunsur hasutan, penghinaan

CHUKAI: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung hantaran berunsur hasutan dan penghinaan terhadap institusi raja, kerajaan Malaysia dan agensi keselamatan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu lalu.
Beliau berkata polis turut merampas telefon bimbit dan dua kad SIM dipercayai digunakan dalam kes itu bagi tujuan siasatan.
“Barang-barang kes diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk analisis forensik digital,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Razi berkata lelaki itu direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Nilai Semula, Petugas PDK Tulang Belakang Anak Istimewa – Khairul Azwan
- ‘Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Cinta Negara’
- KPK Jadi Rakan Strategik, Pastikan Industri Getah Berdaya Saing
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.