Legenda hoki negara, Sarjit Singh sudah tiada
Legenda hoki negara, Sarjit Singh sudah tiada

Kuala Lumpur: Legenda hoki negara, Sarjit Singh meninggal dunia semalam pada usia 63 tahun selepas berdepan masalah kesihatan.
Sarjit yang dianggap antara pemain terbaik pernah menyarung jersi kebangsaan banyak menyumbang kepada pembangunan hoki Malaysia sebagai pemain dan jurulatih skuad negara.
Beliau mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles dan 1992 di Barcelona.
Sarjit turut membantu negara meraih pingat gangsa pada dua edisi Sukan Asia iaitu di New Delhi pada 1982 dan Beijing pada 1990.
Dalam bidang kejurulatihan, Sarjit pernah menggalas tugas sebagai jurulatih kebangsaan dari 2007 hingga 2008 sebelum kembali membimbing skuad negara dari Mac 2024 hingga Mac 2026.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Teruskan Momentum, Tarik Lebih Banyak Pelaburan
- Semarak Jiwa Patriotik, Kecintaan Kepada Negara Sempena Bulan Kebangsaan – Isam
- Jangan Korbankan MARA Demi Politik – Mohamad Fazly
Di bawah kendaliannya, skuad hoki kebangsaan menamatkan saingan di tempat keempat pada Kelayakan Piala Dunia di Ismailia, Mesir, pada Mac lalu.
Pemergian Sarjit turut dirasai keluarga hoki antarabangsa apabila pemain Pakistan, Ahmad Butt melahirkan rasa sedih terhadap kehilangan tokoh yang disifatkannya sebagai nama besar dalam sukan itu.
“Saya amat sedih mendengar berita pemergian Sarjit Singh, seorang nama yang sangat dihormati dalam keluarga hoki.
“Saya masih ingat kali pertama saya bermain hoki liga di Malaysia apabila beliau menjemput dan menyambut saya dengan penuh kebaikan, rasa hormat serta kehangatan.
“Beliau sentiasa menyokong saya di atas padang dan memberi galakan sepanjang perjalanan saya. Saya akan sentiasa berterima kasih atas kasih sayang dan penghormatan yang diberikan.
“Rindu kamu, jurulatih. Sumbangan anda kepada hoki serta kenangan yang ditinggalkan tidak akan dilupakan,” katanya.
Legenda hoki negara, Sarjit Singh sudah tiada
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Nilai Semula, Petugas PDK Tulang Belakang Anak Istimewa – Khairul Azwan
- ‘Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Cinta Negara’
- KPK Jadi Rakan Strategik, Pastikan Industri Getah Berdaya Saing
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.