KPDN bongkar rumah dijadikan stor simpan minyak masak bersubsidi di Kuala Berang
KPDN bongkar rumah dijadikan stor simpan minyak masak bersubsidi di Kuala Berang

KUALA TERENGGANU: Rahsia rumah yang sering menjadi persinggahan lori dan motokar terbongkar apabila kediaman itu sebenarnya dijadikan gudang penyimpanan minyak paket bersubsidi sebelum diedarkan ke pasaran luar Terengganu.
Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Mohd Mufsi Lat, berkata kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi itu terbongkar ketika operasi bersepadu dijalankan di Kampung Bukit Diman, Ajil, Kuala Berang, kira-kira jam 10.30 pagi hari ini.
Beliau berkata, pasukan pegawai dan penguat kuasa KPDN menahan lori dan kereta sebelum pemeriksaan
menemui 200 kotak minyak masak paket mengandungi 3,400 kilogram (kg).
“Tiga lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an disyaki terbabit dalam aktiviti penyelewengan serta penyimpanan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya selepas merasmikan program Advokasi Pasar Patuh Dan Zon Tumpuan Pelancongan di Pasar Payang, di sini hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Teruskan Momentum, Tarik Lebih Banyak Pelaburan
- Semarak Jiwa Patriotik, Kecintaan Kepada Negara Sempena Bulan Kebangsaan – Isam
- Jangan Korbankan MARA Demi Politik – Mohamad Fazly
Difahamkan, pasukan penguat kuasa yang sedang menjalankan operasi di beberapa lokasi di bandar raya Kuala Terengganu terserempak dengan kenderaan dalam keadaan mencurigakan sebelum mengekorinya hingga ke rumah berkenaan.
Mengulas lanjut, Mohd Mufsi berkata, siasatan awal mendapati lelaki dan wanita terbabit memperoleh bekalan minyak masak paket bersubsidi daripada dua kilang pembungkusan di daerah Hulu Terengganu dan Gong Badak.
“Modus operasi lelaki dan wanita itu adalah mendapatkan bekalan daripada kilang pembungkusan serta disimpan dalam kediaman sebelum diedarkan di pasaran luar Terengganu.
“Jumlah rampasan dianggarkan sebanyak RM103,500 termasuk minyak masak paket bersubsidi dan dua kenderaan digunakan untuk melakukan aktiviti pemunggahan,” katanya.
Mohd Mufsi berkata, tiga lelaki dan wanita itu ditahan untuk siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
KPDN bongkar rumah dijadikan stor simpan minyak masak bersubsidi di Kuala Berang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Nilai Semula, Petugas PDK Tulang Belakang Anak Istimewa – Khairul Azwan
- ‘Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Cinta Negara’
- KPK Jadi Rakan Strategik, Pastikan Industri Getah Berdaya Saing
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.