Seorang daripada 2 rakyat Malaysia ditahan polis Thailand dikehendaki di Kelantan

Seorang daripada 2 rakyat Malaysia ditahan polis Thailand dikehendaki di Kelantan

Seorang daripada 2 rakyat Malaysia ditahan polis Thailand dikehendaki di Kelantan
Datuk Mohd Yusoff Mamat. – NSTP/ Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Seorang daripada dua rakyat Malaysia yang sebelum ini ditahan polis Thailand kerana memiliki 1,560 biji pil Epam turut disenarai sebagai individu yang dikehendaki polis Kelantan.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki berkenaan mempunyai rekod kesalahan berkaitan narkotik di Malaysia, membabitkan pengedaran dan pemilikan dadah.

Beliau berkata seorang suspek, berusia lingkungan 30-an, berada dalam senarai dikehendaki polis.

“Kedua-dua mereka ditahan pihak berkuasa Thailand di Sungai Golok pada 21 Ogos,” katanya.

Sementara itu, Yusoff berkata polis negeri akan melupuskan 6,536 barang bukti esok membabitkan dadah

bernilai RM1.1 juta daripada kes yang disiasat antara 2008 hingga 2024.Beliau berkata ia melibatkan 16 jenis dadah, dengan jumlah berat 39.41 kilogram (kg) serta 2,534.047 liter bahan berbentuk cecair.

Seorang daripada 2 rakyat Malaysia ditahan polis Thailand dikehendaki di Kelantan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Onn Hafiz Syukur JDT Cipta Rekod Dunia Baharu

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker