PATI lari depoh Imigresen: Pakaian hijau, kepala botak jadi petunjuk – Polis
PATI lari depoh Imigresen: Pakaian hijau, kepala botak jadi petunjuk – Polis

KOTA BHARU: Pakaian berwarna hijau terang dan berkepala botak antara ciri fizikal 10 pendatang tanpa izin (PATI) yang melarikan diri dari Depoh Imigresen Tanah Merah yang kini sedang diburu pihak berkuasa.
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri melalui hantaran di Facebook memaklumkan mereka dipercayai masih memakai pakaian tahanan yang digunakan di depoh berkenaan, selain mempunyai nombor pengenalan dicetak pada pakaian, antaranya 18101 dan 18802.
“Lokasi terakhir semua PATI itu dikesan ialah di Bukit Tebu, Tanah Merah dan orang awam diminta menyalurkan maklumat sekiranya terserempak atau mengetahui keberadaan mereka.
“Daripada 10 PATI berkenaan, tujuh warga Thailand manakala masing-masing seorang warga Indonesia, Bangladesh dan etnik Rohingya,” menurut hantaran itu.
Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan tidak mengambil sebarang tindakan sendiri sekiranya mengenal pasti mana-mana individu yang mempunyai ciri berkenaan, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Teruskan Momentum, Tarik Lebih Banyak Pelaburan
- Semarak Jiwa Patriotik, Kecintaan Kepada Negara Sempena Bulan Kebangsaan – Isam
- Jangan Korbankan MARA Demi Politik – Mohamad Fazly
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada DCC Tanah Merah menerusi talian 09-955 6222 (Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah), 09-955 6223 (Balai Polis Tanah Merah) atau WhatsApp 011-2955 5518.
Terdahulu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata semua PATI berada di bawah tahanan Jabatan Imigresen Kelantan dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu serta mengesan mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Nilai Semula, Petugas PDK Tulang Belakang Anak Istimewa – Khairul Azwan
- ‘Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Cinta Negara’
- KPK Jadi Rakan Strategik, Pastikan Industri Getah Berdaya Saing
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.