Remaja ditemukan lemas, seorang lagi masih hilang
Remaja ditemukan lemas, seorang lagi masih hilang

KENINGAU: Seorang remaja lelaki ditemui lemas, manakala seorang lagi hilang selepas mandi di Sungai Pagalan berhampiran Jeti Feri Pagalan, Jalan Bakti Logam.
Mayat Jastey Goment, 16, ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jam 10.34 pagi, kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Severinus Nidzam Sainkui, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua dimulakan pada jam 9 pagi.
“PPDA memulakan selaman pertama pada jam 10.30 pagi sebelum menemukan mangsa empat minit kemudian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala operasi mengesan seorang lagi mangsa, Khend Romel Ponce Caceres, 13, diteruskan.
Terdahulu, kedua-dua remaja itu dilaporkan hilang ketika mandi bersama beberapa rakan di sungai berkenaan, petang semalam.
Remaja ditemukan lemas, seorang lagi masih hilang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Nilai Semula, Petugas PDK Tulang Belakang Anak Istimewa – Khairul Azwan
- ‘Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Cinta Negara’
- KPK Jadi Rakan Strategik, Pastikan Industri Getah Berdaya Saing
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.