Mangsa terakhir lemas di Sungai Pagalan ditemukan

Mangsa terakhir lemas di Sungai Pagalan ditemukan

Mangsa terakhir lemas di Sungai Pagalan ditemukan
Pasukan PPDA menemui mayat mangsa lemas kira-kira 80 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas di Sungai Pagalan, Keningau. Foto ihsan bomba

KENINGAU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua remaja lelaki yang lemas ketika mandi bersama rakan di Sungai Pagalan, berakhir selepas mangsa terakhir ditemukan, petang ini.

Mayat Khend Romel Ponce Caceres, 13, ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jam 3.55 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Severinus Nidzam Sainkui, berkata mayat mangsa ditemukan pada jarak kira-kira 80 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 5 petang selepas kedua-dua mangsa berjaya ditemukan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, mangsa pertama, Jastey Goment, 16, ditemukan PPDA pada jam 10.34 pagi, kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas.

Kedua-dua remaja itu dilaporkan lemas ketika mandi bersama beberapa rakan berhampiran Jeti Feri Pagalan, Jalan Bakti Logam, di sini, petang semalam.

Mangsa terakhir lemas di Sungai Pagalan ditemukan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Onn Hafiz Syukur JDT Cipta Rekod Dunia Baharu

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker