Kebakaran di Inaman: 2 rumah, 4 kenderaan terbakar, tindakan pantas elak 70 lagi kediaman hangus

Kebakaran di Inaman: 2 rumah, 4 kenderaan terbakar, tindakan pantas elak 70 lagi kediaman hangus

Kebakaran di Inaman: 2 rumah, 4 kenderaan terbakar, tindakan pantas elak 70 lagi kediaman hangus
Pasukan bomba memadamkan kebakaran untuk mengelak api merebak di Kampung Inanam Laut, Inanam, Kota Kinabalu. – Foto ihsan JBPM

KOTA KINABALU: Tindakan pantas bomba menyelamatkan kira-kira 70 rumah daripada hangus dalam kebakaran di Kampung Inanam Laut, Inanam, malam ini.

Kebakaran memusnahkan dua rumah separuh kekal, tiga bilik sewa dan tiga kenderaan, manakala sebuah lagi kereta terbakar kira-kira 10 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Sherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.23 malam sebelum 45 anggota daripada BBP Lintas, Kota Kinabalu dan Penampang dikejarkan ke lokasi.

“Rumah pertama berkeluasan kira-kira 335 meter persegi, manakala rumah kedua seluas kira-kira 242 meter persegi musnah sepenuhnya.

“Tiga bilik sewa tidak kekal yang setiap satunya berkeluasan kira-kira 21 meter persegi turut musnah,” katanya di lokasi kejadian.

Beliau berkata, sebuah Perodua Kancil serta dua motosikal jenis Yamaha Y16 dan Honda EX5 turut musnah, manakala Perodua Kenari terbakar kira-kira 10 peratus.

Menurutnya, seorang mangsa mengalami sesak nafas dan diberikan rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian.

“Kebakaran berjaya dikawal 8.19 malam dan tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 70 rumah di kawasan berhampiran daripada turut terjejas.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Kebakaran di Inaman: 2 rumah, 4 kenderaan terbakar, tindakan pantas elak 70 lagi kediaman hangus


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Onn Hafiz Syukur JDT Cipta Rekod Dunia Baharu

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker