2 penuntut ADTEC maut, motosikal rempuh belakang lori
2 penuntut ADTEC maut, motosikal rempuh belakang lori

BATU PAHAT: Dua penuntut Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) kampus Batu Pahat di sini, maut manakala dua lagi rakannya parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 136, Jalan Muar-Batu Pahat, dekat Kampung Parit Orang Kaya, di sini semalam.
Nahas pada jam 12.30 tengah hari mengorbankan Muhammad Hariz Nizam, 21, dan Pugalenthi Phaventhan dengan kedua-dua mereka adalah penuntut bidang Teknologi Mekatronik.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata nahas itu membabitkan sebuah lori dan dua motosikal yang dinaiki empat penuntut ADTEC terbabit.
Katanya, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku ketika lori dari arah Batu Pahat menghala ke Kesang, Muar hendak membelok masuk ke simpang di sebelah kanan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Seramai 3,526 Penerima Manfaat Perumahan Kasih Johor Fasa 1 Dan 2 – MB
- Krisis Tenaga Global: Pemuda UMNO Johor Gesa Kerajaan Negeri Perkenal Pakej Rangsangan Ekonomi
- Puteri e-Biz Perkasa Usahawan Wanita Muda, Selaras Landskap Ekonomi Digital
Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor
“Ketika sedang membelok, tiba-tiba sebuah motosikal dinaiki kedua-dua mangsa melanggar belakang lori terbabit. Pada masa sama, sebuah lagi motosikal dinaiki rakan mangsa dari arah sama turut merempuhnya.
“Akibat perlanggaran itu, dua mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Dua lagi mangsa yang juga berusia 21 tahun cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).
“Pemandu lori berusia 46 tahun pula tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Shahrulanuar berkata siasatan lanjut masih dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau meminta orang ramai atau saksi kejadian menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KESEDAR Perkukuh Agenda Peneroka, Proses Pemilikan Tanah Dipacu Lebih Tersusun
- UMNO 80 Tahun: Dekati Generasi Digital, Penggerak Suara Anak Muda – Nurul Amirah
- Lawatan PM Ke Johor Diharap Perkukuh Keselarasan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri – Onn Hafiz
Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal
Dalam pada itu, ADTEC kampus Batu Pahat dalam kenyataan menzahirkan dukacita atas pemergiaan dua penuntutnya.
“Pemergian mereka amat dirasai, kehilangan besar buat warga kampus. Semoga seluruh ahli keluarga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.
“Dimaklumkan juga bahawa dua orang lagi penuntut yang turut terlibat dalam kemalangan itu dalam keadaan stabil. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar mereka diberikan kesembuhan sepenuhnya,” katanya.
Dua penuntut Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Era AI Ubah Corak Undian, Azalina Seru Perkukuh Kemahiran Digital
- UMNO/BN Perlu Lakukan Perubahan, Bijak Urus Persepsi Rakyat – Ahmad Zahid
- Sekolah Digital UMNO Perkukuh Komunikasi Jentera Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.