Bapa, abang penyerang Balai Polis Ulu Tiram dipenjara 30 tahun
Bapa, abang penyerang Balai Polis Ulu Tiram dipenjara 30 tahun

KUALA LUMPUR: Bapa dan abang kepada penyerang Balai Polis Ulu Tiram dihukum penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas menukar pengakuan semasa prosiding hari kelima berkaitan ideologi keganasan.
Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64 dan anak sulungnya, Radin Romyullah, 36, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan semula di hadapan Hakim, Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor.
Isteri Radin Imran iaitu Rosna Jantan, 61, pula dihukum penjara empat tahun.
Mahkamah memerintahkan semua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh ditahan pada 17 Mei 2024.
Bagaimanapun, dua lagi tertuduh iaitu anak pasangan itu, Mariah, 21, dan Farhah Sobrina, 25, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Seramai 3,526 Penerima Manfaat Perumahan Kasih Johor Fasa 1 Dan 2 – MB
- Krisis Tenaga Global: Pemuda UMNO Johor Gesa Kerajaan Negeri Perkenal Pakej Rangsangan Ekonomi
- Puteri e-Biz Perkasa Usahawan Wanita Muda, Selaras Landskap Ekonomi Digital
Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor
Mariah dan Farhah Sobrina dilihat menangis teresak-esak ketika memeluk ibu bapa dan abang sulung mereka, yang akan dibawa ke penjara.
Sebelum ini, Radin Imran mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menanam fahaman ideologi keganasan, memberi sokongan kepada perbuatan pengganas, memiliki senjata api untuk menjalankan aktiviti berkaitan keganasan dan memiliki sebuah buku berkaitan kumpulan pengganas.
Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru, Johor pada penghujung 2014 hingga 17 Mei 2024.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130JG(a) Kanun Keseksaan, Seksyen 130J(1)(b), Seksyen 130J(1)(a) dan Seksyen 130JB(1)(a) kanun sama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KESEDAR Perkukuh Agenda Peneroka, Proses Pemilikan Tanah Dipacu Lebih Tersusun
- UMNO 80 Tahun: Dekati Generasi Digital, Penggerak Suara Anak Muda – Nurul Amirah
- Lawatan PM Ke Johor Diharap Perkukuh Keselarasan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri – Onn Hafiz
Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal
Sementara itu, Radin Romyullah berhadapan dua pertuduhan berbaiah kepada pemimpin IS dan memiliki cakera keras mengandungi bahan IS mengikut Seksyen 130JB(1)(a) kanun sama.
Rosna, Mariah dan Farhah Sobrina, didakwa atas pertuduhan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat berkenaan kesalahan itu.
Dalam serangan pada 17 Mei 2024, dua konstabel polis iaitu Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban manakala Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, cedera ditembak selepas diserang seorang lelaki yang akhirnya ditembak mati dalam insiden terbabit.
Bapa, abang penyerang Balai Polis Ulu Tiram dipenjara 30 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Era AI Ubah Corak Undian, Azalina Seru Perkukuh Kemahiran Digital
- UMNO/BN Perlu Lakukan Perubahan, Bijak Urus Persepsi Rakyat – Ahmad Zahid
- Sekolah Digital UMNO Perkukuh Komunikasi Jentera Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.