Kemalangan lori, kereta di Alor Gajah ragut 3 nyawa
Kemalangan lori, kereta di Alor Gajah ragut 3 nyawa

ALOR GAJAH: Tiga lelaki maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori di Jalan Felda Hutan Percha kira-kira jam 3.40 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar, berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dalam perjalanan dari Melaka menghala Segamat di Johor terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung lori dari arah Tebong menuju Cheng.
“Seorang penumpang di tempat duduk belakang sebelah kanan berusia 24 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Dua lagi mangsa yang menaiki kereta sama, iaitu pemandu berusia 23 tahun dan seorang penumpang berusia 24 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Seramai 3,526 Penerima Manfaat Perumahan Kasih Johor Fasa 1 Dan 2 – MB
- Krisis Tenaga Global: Pemuda UMNO Johor Gesa Kerajaan Negeri Perkenal Pakej Rangsangan Ekonomi
- Puteri e-Biz Perkasa Usahawan Wanita Muda, Selaras Landskap Ekonomi Digital
Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor
Ahmad berkata seorang lagi penumpang wanita berusia 23 tahun masih menerima rawatan di Hospital Melaka.
Beliau berkata pemandu lori berusia 59 tahun dan kelindannya berusia 28 tahun turut mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Tampin.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Kemalangan lori, kereta di Alor Gajah ragut 3 nyawa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Era AI Ubah Corak Undian, Azalina Seru Perkukuh Kemahiran Digital
- UMNO/BN Perlu Lakukan Perubahan, Bijak Urus Persepsi Rakyat – Ahmad Zahid
- Sekolah Digital UMNO Perkukuh Komunikasi Jentera Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.