Budak 12 tahun ditemui tak sedarkan diri dipercayai jatuh longkang, dihanyut arus ke sungai

Budak 12 tahun ditemui tak sedarkan diri dipercayai jatuh longkang, dihanyut arus ke sungai

Budak 12 tahun ditemui tak sedarkan diri dipercayai jatuh longkang, dihanyut arus ke sungai
Lokasi kejadian kanak-kanak terjatuh ke longkang sebelum dihanyutkan arus ke sungai di Taman Ayer Keroh Heights. – NSTP/ Farhana Yaacob

MELAKA TENGAH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas terjatuh ke longkang di hadapan rumahnya sebelum dihanyutkan arus ke sungai berhampiran di Taman Ayer Keroh Heights, di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Shahrom Laji berkata pihaknya menerima laporan jam 5.53 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh digerakkan ke lokasi.

“Pencarian dimulakan di permukaan air kemudian menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jarak kira-kira enam meter dari lokasi dia dipercayai bermain,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, anggota bomba melakukan tindakan awal bantuan pernafasan (CPR) sebelum mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk prosedur selanjutnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor


“Mangsa dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

“Setakat ini, keadaan terkini masih belum diperoleh,” katanya.

Budak 12 tahun ditemui tak sedarkan diri dipercayai jatuh longkang, dihanyut arus ke sungai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker