Rumah kedai, 2 kenderaan musnah kebakaran di Sungai Besar
Rumah kedai, 2 kenderaan musnah kebakaran di Sungai Besar

SHAH ALAM: Sebuah rumah kedai dan dua kenderaan musnah dalam kebakaran di Jalan Parit 13, Sungai Nibong, Sungai Besar hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan jam 2 petang sebelum 10 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dan Sekinchan dikejarkan ke lokasi.
“Menurut laporan awal kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dan dua kenderaan iaitu kereta Proton Wira dan Proton Perdana.
“Premis terbabit musnah kira-kira 70 peratus,” katanya ketika dihubungi, malam ini.
Ahmad Mukhlis berkata, anggota bomba bertindak melakukan pemadaman sebelum api berjaya dikawal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Seramai 3,526 Penerima Manfaat Perumahan Kasih Johor Fasa 1 Dan 2 – MB
- Krisis Tenaga Global: Pemuda UMNO Johor Gesa Kerajaan Negeri Perkenal Pakej Rangsangan Ekonomi
- Puteri e-Biz Perkasa Usahawan Wanita Muda, Selaras Landskap Ekonomi Digital
Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Rumah kedai, 2 kenderaan musnah kebakaran di Sungai Besar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Era AI Ubah Corak Undian, Azalina Seru Perkukuh Kemahiran Digital
- UMNO/BN Perlu Lakukan Perubahan, Bijak Urus Persepsi Rakyat – Ahmad Zahid
- Sekolah Digital UMNO Perkukuh Komunikasi Jentera Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.