Jun Hao tewas, namun Malaysia ke suku akhir Piala Thomas

Jun Hao tewas, namun Malaysia ke suku akhir Piala Thomas

Jun Hao tewas, namun Malaysia ke suku akhir Piala Thomas
USTIN menyamakan kedudukan 1-1 selepas Jun Hao tewas ketika menentang Finland, sebentar tadi. FOTO BAM

Lumpur: Skuad badminton lelaki negara mengesahkan slot ke suku akhir Piala Thomas 2026 di Horsens, Denmark selepas memenangi aksi kedua peringkat kumpulan dengan menumpaskan Finland 4-1, sebentar tadi.

Selepas menang tipis 3-2 ke atas England pada perlawanan pembukaan Kumpulan B Sabtu lalu, Malaysia hanya perlu mencari kemenangan kedua untuk meloloskan diri.

Bagaimanapun, permulaan cemerlang yang diharapkan tidak berlaku pada aksi pembukaan apabila perseorangan pertama, Leong Jun Hao tumpas di tangan pemenang pingat gangsa Kejohanan Eropah 2024, Joakim Oldorff 17-21, 15-21.

Malaysia kembali mengikat kedudukan 1-1 apabila perseorangan kedua, Justin Hoh menghadiahkan mata sulung apabila mencatat kemenangan straight set 21-14, 21-12 ketika berdepan Kalle Koljonen.

Perseorangan ketiga, Lee Zii Jia meletakkan Malaysia di depan buat kali pertama apabila mengalahkan Ananda Galvani Daniswara 21-19, 21-10.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor


Malaysia mengesahkan kemenangan apabila gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menyumbang mata ketiga selepas mereka mengalahkan Eliel Melleri-Niilo Nyqvist 21-12, 21-15.

Beregu kedua negara, Soh Wooi Yik-Tee Kai Wun melengkapkan aksi apabila menyumbang mata keempat selepas menundukkan Galvani Daniswara-Alvar Melleri 21-7, 21-14.

Aksi seterusnya buat pasukan lelaki negara ialah berdepan Jepun untuk persaingan merebut juara Kumpulan B, Rabu ini.

Jun Hao tewas, namun Malaysia ke suku akhir Piala Thomas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker