Doakan Bella tabah menceraikan Aliff – Didi Astillah

Doakan Bella tabah menceraikan Aliff – Didi Astillah

“MAAF, saya tak berada di kedudukan untuk bercakap tentang rumah tangga orang walaupun dia kakak saya.”

Demikian kata adik kepada pelakon Bella Astillah iaitu Didi atau nama sebenarnya, Dayang Nazilah Awang Astillah tentang usaha saudara kandungnya itu untuk bercerai dengan suami, Aliff Aziz.



Hari ini, Bella, 30, hadir ke mahkamah bagi sebutan pertama kes cerai dengan Aliff yang ditangkap khalwat bersama Ruhainies oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Didi memaklumkan, apa yang dilaporkan media bahawa Bella kini dalam proses bercerai adalah benar dan kakaknya itu nekad berbuat demikian setelah banyak kali dicurangi.

“Bella ada di sini dengan saya. Dia cuma minta diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan yang sedang berlaku dalam hidupnya sekarang.

“Lebih-lebih, saya tak berani cakap,” katanya.



Bella memfailkan permohonan perceraian daripada suami, Aliff Aziz, 33, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, kelmarin.

Sebutan kali pertama berlangsung hari ini, apabila Bella atau nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 12.40 tengah hari tadi, ditemani ibu Zarinah Astillah dan adiknya, Didi Astillah.

Bagaimanapun, kelibat Aliff, 33, tidak kelihatan.

Sebaik sebutan kali pertama kes berakhir, Bella yang ditemui pemberita, memberitahu dia nekad untuk bercerai. HG



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’



Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah

Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama



A Aida ‘blacklist’ Ruhainies

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker