JDT, Solari kini berpisah sudah

JUARA Liga Super 10 musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan tidak akan menggunakan khidmat pengendali Harimau Selatan, Esteban Solari bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025.

Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan Johor Southern Tigers pada Khamis, selain bekas penolong pengendali skuad Bawah 23 tahun Argentina, barisan kejurulatihan yang tidak akan bersama adalah Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr Leandro Pinero.

“Skuad Harimau Selatan sedang melakukan transformasi yang memperlihatkan kelab mengurangkan perbelanjaan 30 hingga 40 peratus disebabkan keperluan penstrukturan semula kewangan.



“Penstrukturan dibuat bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab. Kelab telah membelanjakan sejumlah wang untuk projek bola sepak sepanjang enam hingga tujuh tahun ini,” kata kenyataan itu.

Selain barisan kejurulatihan, beberapa pemain Harimau Selatan juga tersenarai dalam transformasi besar-besaran yang disifatkan sebagai antara usaha jagoan selatan tanah air itu memantapkan lagi struktur kewangan kelab.

“Pemain seperti Aidil Zafuan Abd Radzak, S Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo juga akan meninggalkan kelab selepas lama berkhidmat untuk kelab.

“JDT juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat pemain yang akan dipinjamkan keluar seperti Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan penjaga gol, Haziq Nadzli,” tambah kenyataan itu lagi.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?



Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari



Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker