Cik Kiah ular sawa batik 220kg paling besar di Asia sudah tiada [VIDEO]

BALIK PULAU: Ular sawa betina dengan berat lebih 220 kilogram yang diberi nama ‘Cik Kiah’, ditemukan mati di sini, semalam.

Pemiliknya, Mohd Redzuan Abdullah Zawawi, 39, berkata dia menyedari Cik Kiah sudah tidak bernyawa ketika membuat pemeriksaan rutin jam 10 pagi.

Mohd Redzuan berkata, Cik Kiah adalah daripada keluarga ‘Malayopython reticulatus atau reculated python – ular sawa batik saiz seakan anakonda’.



Katanya, ia adalah antara sembilan ular sawa pelbagai genetik yang peliharaannya dan dipercayai paling besar di Asia dengan panjang hampir tujuh meter (21 kaki).

“Saya pelihara Cik Kiah sejak lebih 20 tahun lalu. Memang sejak dua tiga hari lalu, badannya seperti tidak sihat, sehingga pagi semalam saya pegang Cik Kiah dan mendapati ia sudah tidak bergerak manakala perutnya seakan kembung.

“Saya anggap Cik Kiah macam anak sendiri namun saya reda apabila hayatnya berakhir pada usia berkenaan,” katanya dihubungi hari ini.

Harian Metro pada Jun tahun lalu, pernah melaporkan mengenai kisah Mohd Redzuan yang memelihara haiwan eksotik berkenaan di sebuah rumah yang disewa khas.



Cik Kiah adalah ular yang paling disayangi berikutan mempunyai nilai sentimental tersendiri kerana dengan haiwan itu, dia mula belajar membela ular sawa.

Mohd Redzuan berkata, Cik Kiah tidak pernah mencederakannya malah sejak berita mengenainya dilapor beberapa media dan tular sebelum ini, rezeki dia dan keluarga juga ‘mencurah-curah’.

Katanya, PERHILITAN sudah dimaklumkan mengenai kematian Cik Kiah dan reptilia itu dijangka diawet oleh agensi berkenaan.



“Seekor lagi ular sawa peliharaan kedua terbesar seberat lebih 100kg yang diberi nama ‘Fatimah’ berusia lima tahun akan menjadi pengubat rindu kami sekeluarga kepada Cik Kiah.

“Sejak berita kematiannya dimaklumkan menerusi media sosial, saya dikunjungi kenalan dan orang ramai yang mahu melihat Cik Kiah buat kali terakhir,” katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?



Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023



Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker