Mak Cik Kemboja, anak lelaki dibawa dengan tangan bergari ke mahkamah

Mak Cik Kemboja, anak lelaki dibawa dengan tangan bergari ke mahkamah

MELAKA: Usahawan tular isu ‘Melayu malas’, Mariyah Yaakob atau digelar Mak Cik Kemboja dan anak lelakinya tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Dua beranak itu hadir untuk menghadapi pertuduhan membuat kenyataan dan memulakan komunikasi jelik menghina orang Melayu sebagai malas di media sosial, bulan lalu.

Mariyah, 49, dan Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 22, yang juga Pengarah Mariyah Holding Sdn Bhd dilihat memasuki kamar mahkamah jam 9.02 pagi dengan ditemani dua peguam.

Wanita itu yang memakai kot warna jingga dan berseluar putih, manakala anaknya berkemeja lengan panjang biru dan berseluar panjang kelabu serta bertopi, kelihatan tenang menunggu prosiding dimulakan.

Peniaga asal Kemboja itu sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan mendakwa orang Melayu malas menerusi video tular bulan lalu.

Menurut polis semalam, pemilik perniagaan di Johor Bahru, Johor itu akan dituduh mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

Ezuan Hafsham pula akan dituduh mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. BH

Mak Cik Kemboja, anak lelaki dibawa dengan tangan bergari ke mahkamah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker