Aira mahu emas jadi inspirasi pemain muda
Aira mahu emas jadi inspirasi pemain muda

Nagoya: Kejayaan pasukan skuasy wanita negara mempertahankan pingat emas berpasukan pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 diharap menjadi inspirasi kepada lebih ramai pemain muda untuk berani memasang impian mencipta kejayaan di pentas antarabangsa.
Pemain negara, Aira Azman berkata, dia berharap kejayaan itu dapat membuka mata pemain muda bahawa mereka juga berupaya mengharumkan nama Malaysia sekiranya terus berusaha mencapai potensi masing-masing.
“Kami berharap lebih ramai pemain muda Malaysia akan melihat kejayaan ini sebagai inspirasi dan percaya mereka juga mampu melakukannya,” katanya.
Harapan itu disuarakan selepas Aira memainkan peranan penting memastikan Malaysia mempertahankan gelaran apabila menewaskan Lee Ka Yi 11-9, 11-5, 11-4 pada perlawanan penentuan untuk membantu negara menundukkan Hong Kong 2-1 di Arena Nagoya Kinjo Futo, hari ini.
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia mempertahankan emas yang dimenangi pada edisi Hangzhou 2022.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Krisis Adat Biarlah Diselesaikan Secara Adat…
- Menjelang Belanjawan 2027, Sabah Mahu Angka Diterjemah Kepada Hasil
- Terjemah BN Sayang Rakyat, Pemuda UMNO Masjid Tanah Turun Padang
Bagaimanapun, Aira mengakui bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai penentu kemenangan, terutama apabila kedudukan terikat 1-1 dan beliau belum pernah berdepan situasi sedemikian sebelum ini.
“Saya agak gementar kerana kedudukan terikat 1-1 dan saya tidak pernah menjadi pemain penentu sebelum ini.
“Namun, kami sudah banyak kali bertemu pasukan Hong Kong dan kepercayaan antara kami memang ada. Saya sangat gembira dengan persembahan hari ini,” katanya.
Aira mahu emas jadi inspirasi pemain muda
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Koordinasi Gerak Kerja Penerangan BN Penting Hadapi Pilihan Raya
- Penerangan UMNO, BN dan Friends of BN Perkukuh Jaringan Komunikasi
- RM104,000 Untuk Rakyat Bentong, Sekolah Turut Terbela
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Perlu Kuasai Naratif Politik, Yakinkan Masyarakat – Johari
You must be logged in to post a comment.