Li Zhiwei kagum Azizulhasni masih ‘berbisa’ pada usia 38

Li Zhiwei kagum Azizulhasni masih ‘berbisa’ pada usia 38

Li Zhiwei kagum Azizulhasni masih 'berbisa' pada usia 38
LI ZHIWEI meraih perak dalam acara keirin. -FOTO Reuters

Nagoya: Pelumba China, Li Zhiwei mengakui kagum dengan Datuk Azizulhasni Awang selepas tewas kepada jaguh negara itu dalam final keirin lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya, semalam.

Zhiwei, yang memenangi emas pecut berpasukan awal minggu ini, dipintas Azizulhasni di garisan penamat dalam perlumbaan berkelajuan tinggi di Velodrom Izu, Shizuoka.

Namun, Zhiwei tidak kecewa selepas berkongsi podium bersama salah seorang jaguh terhebat dalam sejarah sukan berbasikal trek.

“Ketika saya mula berbasikal, dia sudah berada di kemuncak prestasinya. Kini dia sudah berusia 38 tahun dan masih berada di sini.

“Dia contoh teladan yang hebat buat saya dan ini pengalaman yang sangat berharga,” kata Zhiwei.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RM104,000 Untuk Rakyat Bentong, Sekolah Turut Terbela

Dua pusingan terakhir menjadi ujian ketahanan yang cukup getir buat semua pelumba apabila kayuhan dipacu ke tahap maksimum.

Zhiwei mengakui segala tenaganya sudah habis digunakan pada meter terakhir ketika dia cuba mengekang asakan pelumba Malaysia itu.

“Saya sudah tiada tenaga lagi pada penghujung perlumbaan. Saya memberitahu diri sendiri supaya bertahan, terus bertahan,” kata Zhiwei.

Rakan sepasukannya, Xie Han, melengkapkan podium keirin.

Li Zhiwei kagum Azizulhasni masih ‘berbisa’ pada usia 38


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Perlu Kuasai Naratif Politik, Yakinkan Masyarakat – Johari

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker