Lelaki warga asing dipercayai tertimbus tanah runtuh di Lojing
Lelaki warga asing dipercayai tertimbus tanah runtuh di Lojing

GUA MUSANG: Lelaki warga asing dipercayai tertimbus tanah runtuh di rumah kongsi kebun sayur Tanah Tinggi Lojing, di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli, berkata pihaknya menerima makluman tentang kejadian terbabit pada jam 4.12 petang.
Katanya, pasukan ke tempat kejadian yang jaraknya 92 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang dan tiba pada jam 5.30 petang untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Terdapat runtuhan tanah dengan ketinggian 50 meter dari cerun.
“Maklumat awal diperolehi mendapati runtuhan membabitkan rumah kongsi di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Beliau berkata, operasi SAR lelaki terbabit bermula pada jam 5.54 petang dengan bantuan polis.
Lelaki warga asing dipercayai tertimbus tanah runtuh di Lojing
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Koordinasi Gerak Kerja Penerangan BN Penting Hadapi Pilihan Raya
- Penerangan UMNO, BN dan Friends of BN Perkukuh Jaringan Komunikasi
- RM104,000 Untuk Rakyat Bentong, Sekolah Turut Terbela
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Perlu Kuasai Naratif Politik, Yakinkan Masyarakat – Johari
You must be logged in to post a comment.