Najib mohon buat PhD di penjara
Najib mohon buat PhD di penjara
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam proses memohon melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD).
Perkembangan itu diceritakan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika melawat bekas Ahli Parlimen Pekan itu di Penjara Kajang.
“Hampir setiap minggu (saya melawat Najib) dan kadangkala dua minggu sekali. Esok (semalam) saya akan jumpa dia lagi.
“Dalam mahkamah memang kita ada bertemu. Kadangkala saya juga cuba duduk bersama untuk makan tengah hari dengan dia supaya boleh bersembang.
“Dia sekarang sedang membuat permohonan untuk buat PhD. Saya fikir dia sudah pun mula melakukan beberapa penulisan berkenaan PhD. Saya gembira fikirannya tidak terbiar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam rakaman program bual bicara Podcast Keluar Sekejap yang disiarkan menerusi Youtube pagi tadi.
Rancangan dihoskan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan dirakam Rabu lalu.
Ditanya Khairy bagaimana Najib memperoleh sumber bacaan untuk membantu urusan pengajian, Muhammad Shafee berkata ia dikirimkan sendiri oleh pembantunya dan perlu melalui tapisan pegawai penjara terlebih dahulu.
“Saya rasa bahan (bacaan) itu daripada pembantunya yang boleh melawatnya dan bawa buku untuk dia baca. Kena ada tapisan (untuk bawa masuk buku dalam penjara),” katanya.
Mengulas dakwaan Najib tidak menjalani hukuman dalam penjara, Muhammad Shafee menafikan tuduhan itu.
Katanya, Najib sebenarnya ditempatkan di sel penjara yang lebih selamat bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
“Dia dalam penjara. Penjara yang biasa. Tetapi atas isu keselamatan, dia diasingkan. Sebab kalau dia bersama-sama dengan orang lain, apa saja boleh berlaku bukan?” katanya.
Pada 31 Mac lalu, Najib, 70, gagal dalam usaha terakhirnya untuk menyemak sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana SRC International dan kini sedang menjalani hukuman itu di Penjara Kajang. BH
Najib mohon buat PhD di penjara
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin malu runding isu peruntukan dengan Anwar
- Rombakan Kabinet sebelum akhir tahun ini – Anwar
- BCL buang nama Ashraf
- Israel isytihar teruskan perang di Gaza
- Otak sanusi masuk air – Tiong
- Tiba-tiba akaun ada RM400 juta
- Kejadian 10 anak kucing direndam sampai mati disiasat polis
- 5 tahun tergantung, Najib mohon DNAA kes SRC RM27 juta
- Azam Baki jawab Mahathir, dana Aman Palestin kekal dibekukan
- Bergaduh dengan isteri punca pemandu Honda Civic ‘menggila’ [VIDEO]
- Lelaki suara ‘feminin’ ditangkap basah JAIS
- Mahu jatuhkan ‘Kerajaan Perpaduan’, Mahathir masih nyeyak mimpi kosong disiang hari
- Lee Chong Wei bangga anak dapat A dalam BM
- Pembangkang ‘melompat’ tak puas hati Rafizi kata negeri PN ‘corot’
- Saya diugut MP Bukit Gantang – Awang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega
You must be logged in to post a comment.