Dakwaan Sanusi tidak berasas

Dakwaan Sanusi tidak berasas

Kementerian Luar Negeri (KLN) menegaskan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengenai ketiadaan kerusi untuknya pada mesyuarat praprogram Lawatan Kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sadao, Thailand sebagai tidak berasas.

KLN dalam kenyataan berkata, melalui surat bertarikh 25 November daripada kementerian itu kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi dijemput untuk menyertai program lawatan Perdana Menteri bersama Perdana Menteri Thailand ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam yang dijadualkan pada jam 2.15 petang pada 27 November lalu.

“Jemputan ini adalah berdasarkan kesesuaian pembabitan beliau di dalam program berkenaan.

“Bagaimanapun beliau tidak terbabit dalam mesyuarat praprogram bersama Perdana Menteri dan surat bertarikh 25 November tidak menyebut mengenai mesyuarat itu,” menurut kenyataan kementerian itu, di sini, hari ini.

Jelas kementerian itu, bagaimanapun Muhammad Sanusi mengambil keputusan untuk turut hadir ke mesyuarat praprogram berkenaan dan Perdana Menteri maklum mengenai kehadirannya dan menyediakan kerusi untuk beliau.

“Beliau juga tidak terbabit dalam lawatan ke Sadao, Thailand, tetapi bagi memenuhi permintaannya di saat akhir, Perdana Menteri bersetuju mengizinkan beliau menyertai delegasi rasmi itu.

“Justeru kenyataan ini dibuat bagi menjelaskan keadaan sebenarnya iaitu KLN dan Perdana Menteri memberikan pertimbangan khas kepada Menteri Besar Kedah dalam program lawatan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Rabu lalu, pada sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi mendakwa wujud permainan ‘Little Napoleon’ atau pegawai lantikan politik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan KLN yang cuba mengeruhkan hubungannya bersama Anwar Ibrahim.

Dakwanya, beliau tidak diberikan tempat untuk bersama dalam perbincangan, walaupun mendapati topik utama yang dibangkitkan adalah berkaitan isu tanah yang terletak di bawah bidang kuasa negeri.

Bagaimanapun beliau mengucapkan terima kasih kepada Anwar yang melihatnya berdiri dan meminta diberikan kerusi. BH

Dakwaan Sanusi tidak berasas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker