Setahun pentadbiran Anwar, fokus isu asas kebajikan rakyat

Setahun pentadbiran Anwar, fokus isu asas kebajikan rakyat

Tempoh setahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawah kepimpinan Kerajaan Madani berjaya meletakkan negara untuk berada di trajektori tepat seterusnya membangun sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, Perdana Menteri memberi fokus kepada perkara asas seperti penyusunan semula pentadbiran menerusi agenda Malaysia Madani terutama memastikan segala program dan inisiatif kebajikan rakyat diberi perhatian.



Katanya, fokus itu dapat dilihat menerusi iltizam kerajaan di dalam dokumen Belanjawan 2023, Kajian Separa Penggal RMK-12, Ekonomi Madani serta Belanjawan 2024.

“Perdana Menteri sering menekankan kepentingan mempercepatkan pelaksanaan dasar-dasar dan projek pembangunan melibatkan perkara asas rakyat.

“Sebagai contoh, pelaksanaan projek mempercepatkan perkhidmatan kaunter di hospital dan klinik kerajaan, pembangunan sekolah daif, klinik daif, tandas di sekolah-sekolah, menambahbaik kebersihan dan mencantikkan gerai-gerai rakyat serta isu kenaikan harga barang,” katanya pada sesi temubual di sini semalam.

Menurut Mohd. Zuki, beliau diberi peranan oleh Jemaah Menteri untuk memastikan pelaksanaan reformasi sektor awam dilakukan secara strategik, tidak silo, berdasarkan konsep pendekatan keseluruhan kerajaan.



Beliau berkata, Perdana Menteri amat menitikberatkan budaya kerja baharu berasaskan nilai Madani iaitu memfokuskan kepada usaha untuk membina masyarakat yang maju dari segi pemikiran, kerohanian serta pembangunan.

Jelasnya, ia diterangkumkan dengan visinya iaitu ‘The G.R.E.A.T Civil Service’ yang merujuk kepada tadbir urus baik, tanggungjawab, empati, akauntabiliti demi menyokong nilai Madani untuk diimplementasikan dalam perkhidmatan awam.

“Saya diberi amanah mengetuai Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) untuk mengetengahkan inovasi baharu pentadbiran di mana ketua projek inisiatif STAR dipilih dalam kalangan pegawai kanan di kementerian atau jabatan berbeza berbanding kementerian atau jabatan pemilik inisiatif.

“Menerusi kaedah ini, tata kelola pentadbiran dapat diurus dengan pandangan yang lebih menyeluruh dan holistik, tembok silo dapat diruntuhkan, serta menyemarakkan lagi rasa kepunyaan dalam kalangan penjawat awam,” katanya.



Mohd Zuki berkata, biarpun penjawat awam berpuas hati dengan prestasi pentadbiran Perdana Menteri, perkara paling penting ialah bagaimana untuk penjawat awam menggerakkan apa yang diusahakan oleh kerajaan.

Katanya, penjawat awam perlu bersama melaksanakan segala dasar dan inisiatif yang dibawa Perdana Menteri menerusi konsep Madani dengan menterjemahkannya kepada rakyat.

“Sebab itu bukan sahaja kajian dibuat dalam penjawat awam (secara keseluruhan), di peringkat kementerian juga ada kajian di buat sama ada kakitangan di pejabat masing-masing berpuas hati dengan apa yang dilaksanakan kementerian itu sendiri.

“Jadi kita berharap dengan terjemahan sikap keprihatinan kerajaan terhadap penjawat awam, kita balas balik dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti mana digagaskan oleh Perdana Menteri dan kerajaan Madani ini,” katanya. Utusan



Setahun pentadbiran Anwar, fokus isu asas kebajikan rakyat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?



Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan



Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker