Kecelaruan pemikiran politik pembangkang, Anwar tekad perbetulkan keadaan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan dia bertekad untuk memperbetulkan kecelaruan pemikiran politik yang tidak menguntungkan negara.

Katanya, dia bersyukur kerana ujian-ujian dilalui telah mendewasakan dan dengan usia yang ada itu dia juga mahu betulkan kerosakan sistem yang ada.

“Saya syukur alhamdulillah kerana ujian-ujian dulu mendewasakan saya dan dengan umur yang tua seperti ini saya hanya bertekad untuk memperbetulkan kerosakan sistem yang ada.



“Kecelaruan dalam pemikiran politik, kadang-kadang ada yang melampau yang tidak menguntungkan, dalam ceramah maki humun sana-sini, tidak pernah menjurus kepada apa yang nak kita bangunkan.

“Yang penting pengurusan mesti baik, tatakelola mesti baik bukan retorik, bukan janji-janji palsu, ini mesti dibersihkan dan dasar mesti jelas,” katanya ketika berucap di program ramah mesra bersama warga Petronas Pantai Timur di Kerteh, Kemaman, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya ada pengajaran yang diperolehi daripada pengalaman Petronas, iaitu (dapat membuktikan) negara ini mampu diangkat sebagai negara hebat.

Namun jelasnya ia mesti mempunyai pimpinan politik, pengurusan (seperti) di Petronas, penjawat awam, dan dasar yang jelas serta pengurusan yang cekap.



“Itu cita-cita kita dalam negara Madani ini, saya tak peduli tohmahan dan cercaan di luar.

“Tapi percayalah kita pegang amanah ini untuk menentukan kita kembali gemilang kerana kita ada keupayaan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena



Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker