Ismail Lasim Nafi Ahmad Zahid Terlibat Usaha Jatuhkan Tuanku Muhriz
Ismail Lasim Nafi Ahmad Zahid Terlibat Usaha Jatuhkan Tuanku Muhriz
SEREMBAN, 8 Sept — Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menafikan dakwaan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terlibat dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Penafian itu dibuat susulan laporan yang disiarkan oleh The Straits Times hari ini berhubung isu berkenaan
Menurut Ismail, beliau sentiasa memberikan sokongan kepada Presiden UMNO serta seluruh barisan kepimpinan parti yang sentiasa menjunjung, mempertahankan dan memelihara keluhuran institusi Raja-Raja Melayu serta prinsip Raja Berperlembagaan.
“Saya ingin menafikan dakwaan penglibatan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, isu yang melibatkan adat di Negeri Sembilan sewajarnya diselesaikan dengan baik dan penuh hikmah, selain mematuhi lunas undang-undang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Institusi Pendidikan, Industri Mesti Jadi Rakan Pembentuk Bakat Bumiputera
- PAU 2026: Majlis Penerangan UMNO Angkat Naratif, Hargai ‘Pahlawan’ Media
- 135,000 Huffaz Profesional Menjelang 2050 – Dr Asyraf Wajdi
“Saya berharap isu yang melibatkan adat di Negeri Sembilan ini dapat diselesaikan dengan baik, penuh hikmah dan mengikut lunas undang-undang demi menjamin kestabilan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan,” katanya lagi. – UMNO Online
Ismail Lasim Nafi Ahmad Zahid Terlibat Usaha Jatuhkan Tuanku Muhriz
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pakar Akademik Cadang AUKU Dipecah Kepada Dua
- PAU 2026: Teruskan Kebangkitan, Perkukuh Parti
- Tujuh Resolusi Pendidikan Melayu 2026 Fokus Masa Depan Bumiputera
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Skuad Sayang 3K Kebangsaan Sertai CDA Di Bawah APM – Noraini

You must be logged in to post a comment.