Selamat Datang, PAU 2026 Himpun 6,403 Perwakilan
Selamat Datang, PAU 2026 Himpun 6,403 Perwakilan
KUALA LUMPUR, 8 Sept — Seramai 6,403 perwakilan UMNO termasuk daripada Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO dijangka menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2026 (PAU 2026) yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dari 9 hingga 12 September ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata PAU 2026 dimulakan dengan Pra-PAU hari ini yang diisi dengan pelbagai program, termasuk Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia 2.0 dan Kongres Pendidikan Melayu 2.0 anjuran Biro Pendidikan UMNO Malaysia.
Menurut beliau, pada esok akan berlangsung Majlis Penerangan UMNO 2026 sebelum disusuli Taklimat Presiden UMNO secara tertutup.
“PAU 2026 membuka tirai secara rasmi pada malamnya dengan Majlis Perasmian Serentak Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO dan Pergerakan Puteri UMNO yang akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden UMNO,” katanya.
Beliau berkata, persidangan penuh bagi setiap sayap pula akan berlangsung pada 10 September, manakala 11 dan 12 September akan memberi tumpuan kepada perbahasan serta persidangan Perhimpunan Agung UMNO Malaysia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Institusi Pendidikan, Industri Mesti Jadi Rakan Pembentuk Bakat Bumiputera
- PAU 2026: Majlis Penerangan UMNO Angkat Naratif, Hargai ‘Pahlawan’ Media
- 135,000 Huffaz Profesional Menjelang 2050 – Dr Asyraf Wajdi
Katanya, selain 6,403 perwakilan, kira-kira 450 petugas media termasuk media antarabangsa turut mendaftar untuk membuat liputan sepanjang persidangan berkenaan.
“Selain agenda persidangan, PAU 2026 turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan perhimpunan menerusi pelbagai program yang disediakan,” katanya.
Antara program yang dianjurkan ialah Program Komuniti Pemeriksaan Kanser Percuma sumbangan Kebajikan Wanita UMNO Malaysia, selain Karnival Jualan dan Gerai Korporat yang menghimpunkan lebih 111 reruai usahawan di Ruang Legar Aras 2 dan Legar Putra, WTCKL.
Asyraf Wajdi turut mengajak orang ramai hadir bersama keluarga dan sahabat-handai bagi memeriahkan PAU 2026, di samping menyokong usahawan yang mengambil bahagian serta menghayati semangat kebersamaan dalam keluarga besar UMNO. – UMNO Online
Selamat Datang, PAU 2026 Himpun 6,403 Perwakilan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pakar Akademik Cadang AUKU Dipecah Kepada Dua
- PAU 2026: Teruskan Kebangkitan, Perkukuh Parti
- Tujuh Resolusi Pendidikan Melayu 2026 Fokus Masa Depan Bumiputera
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Skuad Sayang 3K Kebangsaan Sertai CDA Di Bawah APM – Noraini

You must be logged in to post a comment.