Mahathir ‘buat bising’ lagi, dakwa PN ada peluang ambil alih kerajaan

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata PN masih mampu untuk mengambil alih kerajaan, dengan mengguna pakai kaedah lima ahli parlimen pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan tanpa keluar parti sebelum ini.

Mahathir berkata PN juga boleh mendapatkan sokongan ahli parlimen kerajaan untuk menubuhkan pentadbiran baru.

“Untuk dirikan kerajaan, PN perlu ada jumlah wakil rakyat lebih 112. Macam mana nak dapat? (Kaedah) sama seperti lima (MP Bersatu) sokong Anwar. (Mereka) tak keluar parti (maka) tak digugurkan (sebagai ahli parlimen).



“Kalau ada ahli parlimen tak suka kerajaan, katakan dalam 30 orang daripada Umno, Amanah dan PKR tolak Anwar, (ia boleh) membawa kepada kejatuhan Anwar sebagai perdana menteri.

“Dengan itu parti lain termasuk PN boleh pilih orang lain (sebagai perdana menteri) seperti ketika Muhyiddin (Yassin) dijatuhkan selepas 15 ahli parlimen Umno menarik balik sokongan, seterusnya Ismail Sabri jadi perdana menteri. Perkara ini boleh diulang sekarang,” katanya dalam program Minggu Negarawan: Setahun kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Selain Mahathir, turut menjadi panel program adalah Pengarah eksekutif Ilham Hisomuddin Bakar.

Semalam, ahli parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menjadi wakil rakyat Bersatu kelima yang menukar sokongan kepada Anwar.



Dia menyusuli Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Dengan ikrar sokongan mereka, Anwar kini mempunyai sokongan 152 ahli Parlimen. Bagaimanapun, ini tidak dapat dibuktikan sehingga pengundian blok berlangsung di Dewan Rakyat.

Mengulas ulang tahun pertama pentadbiran Anwar, Mahathir mendakwa dasar kerajaan hari ini tidak memihak kepada orang Melayu kerana Anwar bergantung kepada sokongan bukan Melayu.

“Anwar bergantung amat sangat kepada sokongan bukan Melayu. Kalau tidak ada sokongan bukan Melayu dia akan jatuh. DAP mempunyai 40 kerusi. Dalam PKR ramai bukan Melayu.



“Jadi, dasar Anwar tidak memihak kepada Umno dan orang Melayu. Bila DAP kata negara kita bukan negara orang Melayu tetapi milik pelbagai kaum, Anwar setuju,” katanya lagi.

Untuk rekod, pandangan itu berbeza dengan apa yang disuarakan beberapa penganalisis politik sebelum ini, antaranya Wong Chin Huat yang berkata Anwar pada masa ini cuba melawan pembangkang untuk menjuarai naratif Melayu.

“Sebaliknya dia cuma mengatasi lawan tetapi bagaimana dia akan jadi lebih asli daripada yang asli? PAS itulah yang asli dan Anwar tidak akan sesekali jadi asli,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM



Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar



Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker