Peminat bakar mercun dalam pawagam ketika tonton filem baharu Salman Khan

Salman Khan nasihat peminat-peminatnya nikmati karya terbaharunya tanpa meletakkan diri dalam sebarang risiko.

Peminat bakar mercun dalam pawagam ketika tonton filem baharu Salman Khan

AKTOR Aktor Salman Khan sedang meraikan kejayaan filem terbarunya, Tiger 3 yang dikatakan sudah mencapai kutipan pecah panggung setelah beberapa hari ditayangkan.

Filem tersebut juga disambut penuh teruja oleh para penonton.



Namun, ada peristiwa yang disifatkan Salman sebagai berbahaya telah dilakukan sekumpulan peminatnya.

Menerusi perkongsian video yang tular di laman X, sekumpulan peminat dilihat telah membakar mercun di dalam pawagam sebagai tanda meraikan filem tersebut.

Kejadian itu dipercayai berlaku di dalam pawagam Mohan di daerah Maharashtra’s Nashik. Mercun dibakar pada bahagian tepi dan tengah layar lebar sehingga menimbulkan suasana panik dengan percikan mercun silih berganti dan asap tebal.

Mengambil berat tentang insiden tersebut, Salman telah mencuit di bebenang X miliknya.



“Saya mendapat tahu ada yang membakar mercun sewaktu menyaksikan Tiger 3. Ini berbahaya.

“Mari nikmati karya ini tanpa meletakkan diri dalam sebarang risiko. Jaga diri semua,” cuit Salman di X seperti dilaporkan NDTV.com.

Sementara itu pemilik pawagam dipercayai telah membuat laporan kepada pihak polis dan kes dalam siasatan. Gempak

Peminat bakar mercun dalam pawagam ketika tonton filem baharu Salman Khan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?



Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU



Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker