Shuib maafkan ‘pemfitnah’ menuduhnya membunuh Siti Sarah
Awalnya Shuib sedikit beremosi, namun mampu bertenang melihat cara Zulhairi yang beradab dan mengakui kesilapannya.
Shuib maafkan ‘pemfitnah’ menuduhnya membunuh Siti Sarah
Pelawak dan penyampai radio, Shuib, 39, menyifatkan tuduhan ‘membunuh’ arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin adalah fitnah paling melampau.
Bagaimanapun, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad memilih memaafkan salah seorang pemfitnah, Zulhairi Abu Othman, 35, pada sidang media tergempar, tengah hari tadi.
Shuib berkata, tuduhan mengatakannya memaksa arwah isteri ditidurkan atas arahan pertubuhan Freemason adalah bodoh dan kejam.
Ini kerana, katanya, individu berkenaan tidak memikirkan kesannya terhadap anak-anak dan keluarga mentuanya.
“Saya masih boleh terima dituduh ahli Freemason walaupun 100 peratus tidak betul.
“Bagaimanapun, bila membabitkan tuduhan arwah ditidurkan atas arahan pertubuhan, ini amat keterlaluan.
“Tuduhan ini mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai, sedangkan saya yang menghantar arwah ke hospital.
“Saya juga menjadi individu terakhir menatap wajah arwah sebelum ditutup oleh plastik pembungkus mayat.
“Sepanjang dirawat di hospital, arwah dijaga dengan baik oleh jururawat dan doktor, jadi bagaimana boleh timbul tuduhan saya membunuh arwah?” persoal Shuib.
Pada sidang media yang berlangsung hampir sejam di premis restoran milik penyampai radio Suria FM itu di Cheras, awalnya Shuib sedikit beremosi, namun mampu bertenang melihat cara Zulhairi yang beradab.
Shuib berkata, dia memilih memaafkan kesalahan Zulhairi disebabkan keikhlasan lelaki itu yang menyesali perbuatannya.
“Saya maafkan Zulhairi kerana dia berani dan saya nampak kesungguhan memohon maaf dan mencari saya.
“Kalau ikutkan saya memang teramat marah, tetapi saya manusia biasa dan tidak kejam.
“Saya faham Zulhairi ada keluarga, isteri, anak-anak dan kerjaya. Saya tidak mahu tindakannya memberi kesan, jadi saya memilih memaafkannya dan memberi peluang menjelaskan apa tujuannya membuat hantaran sedemikian,” katanya.
Semalam, Shuib memuat naik hantaran mencari individu yang memfitnahnya sehingga ke lubang cacing demi mendapatkan keadilan.
Dalam tulisan itu, individu itu turut mendakwa Freemason menggunakan artis untuk mempromosikan vaksin, selain menyatakan Shuib tidak boleh mengingkari arahan walaupun terpaksa mengorbankan keluarga sendiri.
Shuib turut mendedahkan satu lagi akaun yang menyebarkan tuduhan sama kononnya pemergian arwah mempunyai kaitan dengan organisasi itu.
Terdahulu, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Siti Sarah pada 2011, namun menghembuskan nafas terakhir akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021. BH
Shuib maafkan ‘pemfitnah’ menuduhnya membunuh Siti Sarah
Baca Artikel Menarik:
- Tuduhan Aliff Syukri, Kadir serah kepada peguamnya
- Saya bukan boneka DAP – Anwar bidas Mahathir
- PH-BN yakin tawan 2 negeri pembangkang – Anwar
- SPRM kesan ejen minta rasuah RM18,000 di KLIA
- Tok Mat minta semua akur dengan pembahagian kerusi
- Bella Astillah takut cakap soal cerai
- Dakwaan Mahathir berkait Perlembagaan Persekutuan fitnah – pengamal undang-undang
- Jual karipap dapat RM80k sebulan
- Lelaki biadab lawan arus, tunjuk jari tengah ditahan
- Semua keperluan dibiayai, lelaki bujang ajak ‘dating’ dengan ‘makcik’
- Kereta terbang akhirnya dibuka untuk tempahan
- Tragedi Jeram Mawar, penduduk Kampung Air Putih akui tidak akan ‘berkelah’ disitu
- Syamsul balik rumah ayah atau tidak?
- Shuib naik angin dituduh ahli Freemason
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat
Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah
Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)
Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)