Ingat main mercun, rupanya rumah kena tembak

Ingat main mercun, rupanya rumah kena tembak

BAGAN SERAI: “Siapa pulak main mercun pagi-pagi ni? Saya sangkakan budak-budak nakal bermain mercun tapi takkan pada waktu begini.

Demikian persoalan yang bermain di fikiran pemilik rumah berusia 50-an apabila terdengar bunyi letupan di pekarangan rumahnya.



Beliau yang enggan nama disiarkan berkata kejadian itu berlaku pada jam 2.50 pagi ketika dia baru keluar dari bilik air.

“Sebaik melihat keluar tingkap saya dapati terdapat seorang lelaki bertopeng dan memegang senjata dipercayai pistol, melepaskan tembakan rambang ke arah rumah. Dalam keadaan yang cemas, saya segera mengejutkan suami yang tidur.

“Tanpa membuang masa kami segera menghubungi pihak polis memaklumkan kejadian itu,” katanya ditemui media, pagi tadi.

Katanya, suaminya juga berusia 50-an adalah pengusaha kerang dan tidak mempunyai sebarang musuh.



Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya segera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada pemilik rumah itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan tembakan pada kereta, motosikal serta pintu cermin rumah mangsa.

“Turut ditemukan lima kelongsong peluru kaliber 9mm di tempat mangsa tinggal bersama suami dan empat orang anaknya,” katanya.

Mohd Yusri berkata, suspek seorang lelaki yang menunggang motosikal melepaskan beberapa das tembakan ke arah rumah mangsa dan polis masih mendalami motif kejadian, selain usàha menjejak suspek giat dijalankan.



“Polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya terus berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Zulhilmi Dahon di talian 0132604403 atau ke balai polis yang berhampiran,”katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971. BH

Ingat main mercun, rupanya rumah kena tembak

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah



Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker