Punca berlaku kepala air di Jeram Air Putih

Punca berlaku kepala air di Jeram Air Putih

Gabungan arus daripada dua sungai serta keadaan topografi dikatakan antara punca utama pembentukan aliran air yang sangat deras dalam kejadian kepala air dekat Jeram Air Putih, Kemaman di Terengganu.

Malah, kejadian terbabit dikatakan turut didorong faktor hujan luar biasa di kawasan jeram atau tadahan air yang terletak di hulu sungai, menyebabkan kemungkinan berlaku limpahan air berserta pelbagai serpihan ke sungai berhampiran.



Ahli geologi, Dr Muhd Nur Ismail Abdul Rahman, berkata kelajuan arus yang terbentuk akibat kejadian kepala air sangat didorong oleh faktor ketinggian kawasan terbabit serta kelebaran dan keadaan sungai, sama ada berbatu atau berpasir.

Pensyarah Program Geosains Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu berkata, ia diburukkan lagi sekiranya kawasan berkenaan tidak memiliki zon penampan yang akan bertindak sebagai agen penyuraian arus deras terbentuk akibat kepala air.

Katanya, fenomena kepala air akan diburukkan lagi jika di kawasan terbabit terdapat air bawah tanah serta kejadian runtuhan tanah di hulu sungai, sekali gus boleh menyebabkan gegaran serta meningkatkan kelajuan arus yang terbentuk daripada insiden itu.

“Ketinggian topografi di Sungai Kemaman mencecah 400 meter (m) atau bersamaan bangunan setinggi 1.2 kilometer (km), manakala di kawasan rekreasi Sungai Nipah (76m), Jeram Kota (100m) dan Sungai Nipah (56m).



“Malah, kelebaran sungai di Jeram Air Putih pula dianggarkan hingga 3m, menyebabkan arus boleh mengalir lebih jauh. Ini kerana, hanya 100 liter air yang mampu ditampung sungai dengan kelebaran 2m, pada satu-satu masa.

“Selain itu, arus yang terbentuk akibat kepala air secara umumnya adalah antara dua hingga 10m sesaat, bergantung kepada pelbagai faktor yang mendorong kelajuan aliran air di lokasi kejadian,” katanya kepada BH, hari ini.

Sementara itu, Muhd Nur Ismail tidak menolak kemungkinan arus deras yang terbentuk daripada kejadian terbabit mampu menghanyutkan kereta dinaiki mangsa ke lokasi kenderaan itu ditemui.

Mengetengahkan kejadian kepala air di Kenyir, beliau berkata, arus terbentuk daripada kejadian terbabit mampu menggerakkan batu dengan saiz sebesar sebuah rumah.



“Arus paling deras akan terbentuk di kawasan antara Jeram Kota ke Sungai Nipah dan ia semakin melemah apabila tiba di kawasan Air Putih yang terletak kira-kira 10km dari situ.

“Bagaimanapun, saya kurang pasti lokasi tepat kenderaan mangsa diparkir sebelum kejadian. Justeru, kita tidak boleh membuat kesimpulan sama ada kereta terbabit turut dihanyutkan arus atau ia diparkir di situ,” katanya.

Mengenai tanda awal kejadian kepala air, beliau berkata, orang ramai perlu peka dengan tahap kejernihan air di kawasan rekreasi dan riadah yang dikunjungi mereka.

Selain itu, katanya, orang ramai perlu membuat pemerhatian kepada sampah sarap yang dibawa oleh arus sungai serta faktor cuaca di kawasan hulu.



“Orang ramai perlu segera beredar jika air sungai yang biasanya berwarna kekuningan bertukar menjadi coklat kehitaman serta ada lodakan (lumpur), selain terdapat banyak daun dan ranting dihanyutkan arus.

“Selain itu, jangan pasang khemah di beting pasir sungai kerana kawasan berkenaan terbentuk akibat arus deras. Ambil jarak sekurang-kurangnya 5m dari beting pasir bagi mengelak risiko terbabit kejadian kepala air.

Pihak pengurusan pusat rekreasi juga perlu mewujudkan lebih banyak kawasan keluar bagi memudahkan orang ramai lari ke lokasi selamat, sekiranya berlaku kejadian kepala air,” katanya. BH

Punca berlaku kepala air di Jeram Air Putih



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat



Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah

Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker