Lawan tetap lawan – Boy Iman
Lawan tetap lawan – Boy Iman
‘Lawan tetap lawan’. Demikian reaksi ringkas pelakon dan penerbit, Boy Iman, ketika ditemui selepas sebutan kesnya di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya, dua bulan lalu.
Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman, 43, berkata beliau juga akan mengarahkan peguamnya untuk memfailkan representasi berkaitan pertuduhan berkenaan.
Terdahulu ketika prosiding, Majistret, Noorelyanna Hanim Abdul Halim, menetapkan 17 Julai ini bagi pengurusan kes Boy Iman dan tiga lagi individu atas pertuduhan itu.
Dalam prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin.
Pada 25 April lalu, Boy Iman, Nor Azmi Jantan, 49; Norazah Sahud, 51, dan Norzana Rapie @ Rafie, 51, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Mengikut pertuduhan, semua tertuduh terbabit didakwa menipu wanita dikenali Siti Wardina Basir dengan memperdayakan mangsa dalam urusan penyewaan tapak Hooray X Fest di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM1,500.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di WTCKL pada jam 2.34 pagi 19 April lalu, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebat serta boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Tertuduh masing-masing dibenarkan diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Media sebelum ini melaporkan karnival jualan sempena Aidilfitri di WTC dibatalkan di saat akhir akibat penaja utama menarik diri.
Program jualan raya Hooray x Fest Raya itu sepatutnya berlangsung pada 19 April sehingga 21 April lalu namun telah dibatalkan pada saat akhir.
Bagaimanapun menerusi satu kenyataan yang dibuat oleh Pengurus Hal Ehwal Awam WTCKL, pihaknya memohon maaf di atas segala kesulitan dan menyatakan pihaknya tidak bertanggungjawab di atas sebarang bentuk kerugian. BH
Lawan tetap lawan – Boy Iman
Baca Artikel Menarik:
- Asal Umno tak menang – Annuar Musa
- Umno hancur jika terima kembali ‘gunting dalam lipatan’ – Ku Li
- Janna Nick Jemput Ustaz Wadi, Netizen Segan Dengan Baju Tak Cukup Kain
- Sijil halal Jakim, 72 peratus milik syarikat bukan Islam
- Perjuangan Melayu Mahathir ‘melencong’ ikut kesesuaian – Ku Li
- DAP akan bantu UMNO habis-habisan – Kor Ming
- Kes pergaduhan di Maran, 9 lelaki akhirnya diberkas polis
- Anwar mahu Pulau Pinang diperintah pemimpin cerdik
- Geng kereta BMW ‘bangang’ akhirnya kena saman, halang laluan Jambatan Kedua
- Presiden MCA lepas jawatan MCA Bahagian setelah 30 tahun
- Nombor plat FF 1 bernilai RM1.2 juta sah milik Sultan Johor
- Gaji Messi Amerika jauh ketinggalan dengan Ronaldo di Arab Saudi
- PAS ambil 37 kerusi, Bersatu hanya 8 kerusi di Kelantan
- “Menyanyi tak ke mana, tapi boleh hidup mewah”, Peminat ‘bahasakan’ Ariff Bahran
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami
You must be logged in to post a comment.