Hentikan guna #ShiBai – Shila Amzah
Hentikan guna #ShiBai – Shila Amzah
Penyanyi, Shila Amzah akui kurang senang dengan penggunaan tanda pagar #ShiBai yang menggabungkan namanya dengan tunangnya, Ubai MZ yang digunakan oleh netizen di laman sosial.
Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, dia pernah menasihati orang ramai mengenai perkara itu memandangkan sebutan tanda pagar berkenaan kedengaran kurang sopan.
Malah, tegas penyanyi berusia 33 tahun itu, sekiranya orang ramai masih menggunakan tanda pagar tersebut, dia menyifatkan tindakan sedemikian sebagai orang yang tidak mempunyai akal.
Hashtag itu (#ShiBai) bunyi tidak elok, kemudian orang ramai suka buat main dengan perkara itu. Jadi saya tidak suka.
Dan saya tiada masalah untuk beritahu orang yang saya tidak suka. Orang kena hormat yang saya tak suka.
Kalau mereka buat juga maknanya mereka tiada otak, setidaknya saya dah beritahu saya tidak suka hashtag itu.
Shila berkongsi mengenai perkara itu menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan di Instgaram miliknya baru-baru ini.
Sementara itu, pelantun lagu Patah Seribu itu turut dilihat ada meninggalkan komen pada sebuah hantaran di Instagram MeleTop dengan meminta untuk menukar penggunaan tanda pagar #ShiBai.
Kena tukar ni hashtag ini, dah tak nak gabung-gabung nama ya. Ubai dan Shila Amzah je cukup.
Terdahulu, Shila selamat mengikat tali pertunangan dengan Ubai yang juga pempengaruh media sosial dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup pada 26 Mei lalu.
Pasangan itu difahamkan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.
Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018, namun disahkan bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Instagram
Hentikan guna #ShiBai – Shila Amzah
Baca Artikel Menarik:
- Asal Umno tak menang – Annuar Musa
- Umno hancur jika terima kembali ‘gunting dalam lipatan’ – Ku Li
- Janna Nick Jemput Ustaz Wadi, Netizen Segan Dengan Baju Tak Cukup Kain
- Sijil halal Jakim, 72 peratus milik syarikat bukan Islam
- Perjuangan Melayu Mahathir ‘melencong’ ikut kesesuaian – Ku Li
- DAP akan bantu UMNO habis-habisan – Kor Ming
- Kes pergaduhan di Maran, 9 lelaki akhirnya diberkas polis
- Anwar mahu Pulau Pinang diperintah pemimpin cerdik
- Geng kereta BMW ‘bangang’ akhirnya kena saman, halang laluan Jambatan Kedua
- Presiden MCA lepas jawatan MCA Bahagian setelah 30 tahun
- Nombor plat FF 1 bernilai RM1.2 juta sah milik Sultan Johor
- Gaji Messi Amerika jauh ketinggalan dengan Ronaldo di Arab Saudi
- PAS ambil 37 kerusi, Bersatu hanya 8 kerusi di Kelantan
- “Menyanyi tak ke mana, tapi boleh hidup mewah”, Peminat ‘bahasakan’ Ariff Bahran
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami