Liyana Jasmay tak sangka ramai orang berkulit gelap tersentuh

Liyana Jasmay tak sangka ramai orang berkulit gelap tersentuh

Pelakon Liyana Jasmay tidak menyangka perkongsiannya mengenai diskriminasi warna kulit menyebabkan ramai pengikutnya yang dilahirkan senasib tersentuh hati.

Kata Liyana, perkongsian di TikTok yang menjadi tular itu membuat wanita atau lelaki yang berkulit gelap kini lebih menghargai diri masing-masing.



“Saya memang tak sangka TikTok itu boleh dapat hingga tiga juta viewers. Alhamdulillah, kenyataan saya buat orang lain gembira.

“Saya dapat notification yang banyak, beribu-ribu orang bagi komen. Saya memang tak berniat nak buat benda begini jadi sensasi,” katanya.

Kata Liyana, diskriminasi warna kulit termasuk melalui tindakan kecam badan (body shaming) banyak berlaku dan ia terjadi di seluruh dunia.

“Yang penting ialah bagaimana kita memberi tindak balas,” katanya.



Liyana ditemui pada majlis memperkenalkan drama bersiri terbaru lakonannya, Alter-Naratif, di sebuah sebuah restoran di Kuala Lumpur semalam.

Naskhah arahan Faizal Ishak yang bergenre psychological thriller itu menemui penonton setiap khamis bermula hari ini di saluran Viu Original.

Selain Liyana, turut menjayakan drama tersebut adalah Gambit Saifullah, Nabila Huda, Neers Azizi dan Rahil Omar.

Terdahulu, seorang netizen di TikTok mengejek Liyana, 35, dengan menyatakan kulitnya hitam seperti orang kampung.



Bagaimanapun, pelakon Histeria itu mengambil kecaman tersebut dari sudut positif dan secara tidak langsung menarik perhatian pengikutnya.

“Saya tak pandai TikTok, jadi apabila ada seseorang memberikan komen negatif mengenai warna kulit, saya saja cuba-cuba jawab sambil mengiringi video itu dengan soalan daripada individu terbabit.

“Apabila saya buat, ‘menjadi’ pula.

“Mengenai diskriminasi pula, saya rasa kelakar sebab, kenapa individu itu komen begitu? Mungkin sunburn (selaran matahari) membuatkan kulit saya nampak macam terbakar.



“Semasa tu pula saya jawab: tak kisah apa warna kulit anda dan ia juga OK untuk sesiapa menghakimi anda kerana yang penting, anda tahu siapa diri anda,” katanya.

Menjelaskan bagaimana dia mampu untuk kekal bertenang dan mengawal emosi, Liyana berkata, ia mungkin disebabkan pengalamannya yang sudah lama dalam dunia seni.

Katanya, hal itu juga mungkin menyebabkan dia menjadi lebih bersikap terbuka.

“Orang bukan saja mengata artis, tapi orang biasa pun kena.



“Perkara seperti ini lumrah, jadi kita kena hadapi dengan tenang kerana tak semua orang suka kita,” katanya. Mk

Liyana Jasmay tak sangka ramai orang berkulit gelap tersentuh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker