Apabila menteri tidak tahu kos harga bahan binaan di Sarawak.

Zuraida pelik harga rumah PPR di Sarawak lebih tinggi

Kerajaan Persekutuan masih belum menerima maklum balas daripada kerajaan negeri Sarawak berkenaan harga rumah Projek Perumahan Rakyat(PPR) yang dijual dengan harga lebih tinggi berbanding di Semenanjung.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau telah meminta kerajaan negeri supaya menyelaraskan harga rumah berkenaan pada lawatannya ke negeri itu sebelum ini.

Zuraida berkata, harga rumah PPR di Semenanjung adalah sekitar RM42,000 namun harga rumah yang sama di Sarawak adalah kira-kira 10 peratus lebih mahal.



“Tidak logik bila kita buat rumah dengan harga itu, kemudian harga itu dinaikkan, kemudian duit itu dia simpan *ini tidak betul. Tujuan kita bina rumah ini adalah untuk keperluan rakyat bila anda naikkan lagi harga, ia menyusahkan lagi rakyat.

“Itu yang kita minta, tetapi sehingga sekarang mereka belum lagi respon balik kepada kementerian,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu mendedahkan perkara berkenaan ketika menyampaikan ucaptama di Konvensyen Wanita Pakatan Harapan Sarawak, yang pertama kali diadakan, di sini, hari ini.

Utusan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker