Kau bagus sangat ke? – bekas isteri Radhi OAG

Kau bagus sangat ke? – bekas isteri Radhi OAG

“Menjerit, kau bagus sangat ke? Kau cantik sangat ke?” demikian kata bekas isteri Radhi OAG di Mahkamah Majistret hari ini ketika memberi penjelasan berhubung insiden dimarahi penyanyi kumpulan terkenal itu akibat enggan berswafoto.

Nur Shahira Ayu Zahiri, 29, berkata, kejadian itu berlaku ketika dia dan kakaknya bersama tiga anak saudara berada dalam kereta di lobi parkir di Emporis Kota Damansara, 19 April tahun lalu.



Saksi pendakwaan pertama itu berkata, keberadaannya di parkir itu untuk membawa pulang anak lelaki mereka berusia tujuh tahun dari kediaman Radhi atau nama penuhnya, Muhammad Radhi Razali.

Bagaimanapun, penyanyi itu didakwa meminta saksi untuk berbincang mengenai isu anak di tepi kereta sebelum berangkat pulang.

“Radhi kemudian terus tolak saya untuk berswafoto dalam kereta menggunakan telefonnya. Saya cakap tidak mahu mengambil gambar macam itu, tak perlu nak peluk dan berswafoto kerana sudah bercerai.

“Kalau nak bergambar, ambil di luar kereta dan itu permulaan Radhi marah. Dia jerit depan muka saya termasuk mengeluarkan perkataan kesat kerana marah, kenapa tidak boleh berbaik untuk ambil gambar.



“Saya cakap elok-elok ketika perbalahan berlaku. Kenapa perlu marah? Kita ada kehidupan masing-masing dan tidak perlu ambil gambar sebegini.

“Ada insiden tarik baju serta rambut selain penolakan, banyak kali pergaduhan seperti ini berlaku sebelum ini. Kami terkeluar dari kereta sebelum kakak datang peluk dan meleraikan pergaduhan yang berlaku,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamed Wafi Hussain.

Mengikut kertas pertuduhan, artis itu didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Nur Shahira mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Nur Shahira mengesahkan laporan dibuat di Balai Polis Kota Damansara sejurus kejadian itu yang menyebabkan kesan lebam pada tangannya.



“Kemudian, saya mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Doktor ada tanya berasa sakit atau tidak atas kecederaan dialami, saya jawab tidak buat masa sekarang.

“Saya juga buat X-ray di hospital dan tunggu laporannya untuk diserahkan kepada polis,” katanya. HM

Kau bagus sangat ke? – bekas isteri Radhi OAG

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]

Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang



Geng Motor Pancung Leher Orang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker