Meerqeen kemurungan pulak

Meerqeen kemurungan pulak

Pelakon popular, Meerqeen yang pernah berdepan masalah kemurungan ketika bersekolah asrama dulu kembali berdepan masalah itu ketika berlakon dalam drama bersiri terbaru, Nenek Bongkok Tiga.

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam berkata, detik hitam itu kembali menghantui dirinya ketika menjayakan watak Adi dalam drama itu.



“Selama tempoh empat bulan, saya dibelenggu perasaan murung atau depresi sehingga terbawa-bawa ke luar lokasi. Kalau ada yang perasan saya pernah mewarnakan rambut bagi menghilangkan watak Adi itu.

“Kalau diikutkan, saya melihat watak Adi sebagai diri saya yang dulu. Malah, ibu saya turut menangis kerana perasan apa yang saya alami.

“Mujur saya tahu untuk mengawalnya dan bagaimana untuk mengatasi masalah. Dulu, bermain ragbi menjadi antara penyelamat yang membantu saya untuk menangani kemurungan ketika di sekolah,” katanya.

Meerqeen berkata, dia terbuka untuk bercerita mengenai masalah kemurungan yang dihadapi sebagai kesedaran buat mereka di luar sana.



Menurutnya, walaupun kisah hitam itu pernah menghantuinya, namun dia enggan menjadikan perkara itu sebagai penghalang untuk menerima watak pada waktu hadapan.


Baca Artikel Menarik:


“Ini adalah harga yang perlu saya bayar apabila memilih bidang lakonan sebagai sumber pendapatan. Walaupun memberi kesan terhadap kesihatan mental saya, namun ia tidak menghalang saya untuk menerima watak sebegini pada masa hadapan.

“Saya juga tidak teragak-agak untuk memotong rambut bagi menjayakan apa saja watak,” katanya. HM

Meerqeen kemurungan pulak

 




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya

Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol



Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker