Aura Axia bakal melanda

Aura Axia bakal melanda

PERODUA Axia Serba Baharu yang dilancarkan tidak lama lagi mampu menyumbang kepada sasaran 314,000 kenderaan didaftarkan Perodua bagi sepanjang tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya turut menyasarkan untuk mengeluarkan sehingga 330,000 kenderaan sepanjang tahun ini.

“Selain memberi tumpuan untuk menyelesaikan pesanan tertunggak, kami juga akan melancarkan Perodua Axia Serba Baharu tidak lama lagi untuk terus mengujakan pasaran. Kami percaya cadangan nilai kami akan diterima baik oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Mengenai Perodua Axia Serba Baharu yang dilancarkan tidak lama lagi, Zainal Abidin berkata, syarikat itu sudah menukar hampir semua tempahan terdahulu model Axia semasa kepada model baharu.

“Penasihat jualan kami sudah menghubungi pelanggan untuk memaklumkan mengenai pertukaran Perodua Axia Serba Baharu dan kebanyakan mereka bersetuju menukar kepada model baharu itu,” katanya pada majlis prebiu dan pandu uji media untuk model Perodua Axia Serba Baharu di sini, semalam.

Model serba baharu Axia itu ditawarkan menerusi empat pilihan varian iaitu G, X, SE dan AV bagi menggantikan Axia sedia ada ketika ini yang sudah menamatkan pengeluaran pada Disember tahun lalu.


Baca Artikel Menarik:

Semua varian itu dilengkapi enjin satu liter dengan DCVT (Dwi-Mod Transmisi Boleh Laras Berterusan) dan didatangkan dalam lima warna iaitu Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver, Ivory White dan serta warna baharu, Coral Blue.

Sementara itu, menurutnya pengeluaran dan jualan Perodua bagi Januari lalu melonjak 43.5 peratus kepada 21,449 unit yang didaftarkan berbanding 17,444 unit pada tempoh sama tahun lalu disebabkan pengeluaran dan penghantaran maksimum.

Dari segi pengeluaran, Perodua menghasilkan 24,590 unit pada Januari tahun ini, peningkatan 40.2 peratus daripada 17,538 unit yang dikeluarkan pada Januari tahun lalu.

Katanya, penting untuk dinyatakan bahawa pada Januari tahun lalu, kejadian banjir berlaku, selain isu kekurangan bekalan cip semikonduktor, isu tenaga kerja dan kekurangan alat ganti lain yang menghalang pengeluaran dan jualan.

“Namun, peningkatan dalam jumlah bagi kedua-dua pengeluaran dan jualan telah menunjukkan bahawa ekosistem sedang berjalan seperti yang dirancang,” katanya. HM

Aura Axia bakal melanda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya

Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol

Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker