Pakar editor filem berjaya bongkarkan pendaratan bulan oleh NASA adalah palsu

Pakar editor filem berjaya bongkarkan pendaratan bulan oleh NASA adalah palsu

Tangkap layar pendedahan yang dilakukan Green Boss.

PETALING JAYA – Apollo 11 adalah misi luar angkasa berawak pertama yang berjaya membawa manusia ke bulan dan kembali dengan selamat.

Apollo 11 merupakan salah satu daripada projek NASA dan dilancarkan pada 16 Julai 1969 menggunakan roket Saturn V dan tiba di bulan pada 20 Julai tahun sama.

Terbaharu, seorang editor filem yang dikenali dengan kepakaran ‘editing’ menggunakan emej janaan komputer (CGI) mendedahkan pendaratan tersebut adalah rekaan semata-mata.

Menerusi video di lama sosial editor tersebut dikenali Green Boss, video asal yang memaparkan salah seorang daripada angkasawan pertama yang menjejakkan kaki ke bulan itu sedang memegang bendera AS.

Tidak dipastikan siapakah angkasawan itu yang berkemungkinan Neil Armstrong ataupun rakannya Edwin Aldrin, namun kelakuan tersebut didakwa palsu.

Selepas beberapa kaedah talaan komputer dilakukan oleh Green Boss, ternyata bendera AS itu dipegang oleh seorang individu yang memakai sarung badan berwarna hijau.


Baca Artikel Menarik:


Rata-rata pengguna media sosial juga ternyata terkejut dengan pendedahan tersebut dan ada juga yang menyatakan perkara itu sudah lama didedahkan.

“Kuat betul mereka edit, sampai ke bulan pun sanggup tipu orang ramai,” kata John Andora.

“Rasanya dah lama pendedahan ini, dan sampai sekarang NASA diam,” tulis Sapreen Collin.

“Panas di bulan 184 darjah Celsius pada malam hari dan siang 214 darjah Celsius, macam mana mereka boleh claim pernah jejak ke sana.

“Suhu di bumi 36.6 darjah celsius pun dah rasa panas,” jelas Norazmi Aziz. –

Pakar editor filem berjaya bongkarkan pendaratan bulan oleh NASA adalah palsu


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya

Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol

Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker