Hadi perlu ‘move on’ – penganalisis

Hadi perlu ‘move on’ – penganalisis

Abdul Hadi Awang patut “move on” selepas tidak dapat menubuhkan kerajaan, kata penganalisis politik, selepas presiden PAS itu mengeluarkan kenyataan mengenai pengadil bola sepak yang memberikan masa tambahan untuk pasukan kalah walaupun permainan sudah tamat.

Dalam satu hantaran di Twitter, Hadi menggunakan anologi bola sepak mengatakan walaupun satu pasukan itu menang, pengadil tiba-tiba memberi masa tambahan bagi memberi peluang pasukan yang kalah untuk menang dengan apa cara sekalipun.

Hantaran itu yang dipetik daripada kolum ditulisnya di Harakah, ditafsir sebagai merujuk kepada penubuhan kerajaan perpaduan dan mencetuskan kecaman pengguna di Twitter.



Seorang pengguna Twitter yang berang berkata “Pasukan lain ada 82 kerusi dan kamu ada 73 kerusi. Bagaimana kamu yang menang?,”.

Pada PRU15 19 Nov lalu, Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) hanya memperoleh 73 kerusi.

Bagaimanapun, seorang pengguna berkata, komen Hadi itu mungkin mengenai pilihan raya negeri Pahang di mana PN memenangi 17 kerusi DUN berbanding PH (16) dan Barisan Nasional (8).

Terdahulu, Pengerusi BN Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, dilantik sebagai menteri besar selepas PH dan BN bersetuju membentuk kerajaan gabungan.



Penganalisis politik dari Akademi Nusantara, Azmi Hassan, berpendapat Hadi merujuk kepada 10 Ahli Parlimen BN yang menarik balik sokongan kepada Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin selepas BN memutuskan untuk menjadi pembangkang.

BN kemudian membentuk kerajaan perpaduan dengan PH selepas dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

Namun, ramai berpendapat komen Hadi itu merujuk kepada pembentukan kerajaan perpaduan oleh Pengerusi PH, Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai perdana menteri oleh Agong, Khamis lalu.

Penganalisis sosiopolitik, Awang Azman Pawi, berkata Hadi dan sekutunya perlu “move on” dan tidak dilihat mempersoalkan “pengadil” yang ditafsirkan merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong dan institusi diraja.



“Sikap Hadi menunjukkan presiden PAS dan sekutunya laparkan kuasa dan mahu memegang jawatan penting dalam Jemaah Menteri.

“Tindakan Hadi hanya menyebabkan kemarahan rakyat, yang mahu bergerak ke depan dan memfokuskan isu ekonomi rakyat berbanding bercakap mengenai keputusan dibuat Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja,” katanya kepada FMT.

Azmi berkata, Hadi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu kerana “keputusan sudah dibuat (melantik Anwar) oleh Yang di-Pertuan Agong,”.

“PN dan PAS patut menerima hakikat bahawa kerajaan diterajui PH mempunyai majoriti. Sekiranya masih tidak berpuas hati, beliau boleh menunggu hingga 19 Dis ini apabila usul percaya dibuat di Dewan Rakyat dan ini akan menyelesaikan sama sekali pertikaian tersebut,” katanya.

Hantaran Hadi di Twitter mendapat 1,500 komen setakat 10 malam tadi, lima jam selepas ia disiarkan.

“Tambahan masa antara peraturan ditetapkan oleh FIFA, tetapi adakah kamu bercakap mengenai bola sepak,” kata pengguna Twitter @anas4fifi.

“Saya harap kamu betul-betul bercakap mengenai bola sepak,” kata seorang lagi pengguna Twitter @hariridin.

Seorang lagi pengguna, @xennials2 pula membangkitkan persoalan: “Satu pasukan ada 82 kerusi dan pasukan kamu (Hadi) ada 73 kerusi. Bagaimana kamu boleh menang?,” soalnya. FMT

Hadi perlu ‘move on’ – penganalisis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker