Anwar tolak guna Mercedes dibeli JPM

Anwar tolak guna Mercedes dibeli JPM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan beliau menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes-Benz S600 yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebelum beliau memasuki pejabat.

“Langkah tersebut diambil kerana saya tidak mahukan sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atas saya.

“Sebaliknya, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian,” katanya di Facebook.

Semalam, Anwar yang ditemui selepas majlis kesyukuran di Masjid Ashabus Solihin, Sungai Long, Kajang berkata tiada pembelian kereta rasmi baharu untuk kegunaannya dan sebarang ubah suai pejabatnya.

Beliau berkata, pembaziran akan dielakkan bawah pentadbirannya dan memaklumkan langkah itu sebagai mesej kepada ketua jabatan kerajaan yang lain untuk melakukan penjimatan.

Anwar sebelum ini mengumumkan beliau menolak gaji perdana menteri dan hanya akan menerima elaun Ahli Parlimen. FMT

Anwar tolak guna Mercedes dibeli JPM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker