Keluarga Najib Razak mahu momentum pembebasan Najib Razak tidak terhenti

Keluarga Najib Razak berharap momentum bagi membebaskan bekas perdana menteri itu yang kini menjalani hukuman penjara tidak akan berhenti.

Hadir pada Perhimpunan Agung Umno 2023, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini, anaknya, Mohd Nizar berkata bahawa ada penyokong parti melahirkan rasa merasa risau dengan keadaan ayahnya yang masih meringkuk di Penjara Kajang.

“Saya yakin Umno masih memperjuangkan pembebasan ayanda. Tapi, selaku ahli keluarga saya tidak mahu momentum itu jadi perlahan atau dihentikan ataupun orang mudah lupa.

“Jadi, kita kena sentiasa memperingati bahawasanya beliau masih di dalam (penjara) dan saya harap usaha-usaha untuk membebaskan dan membela beliau akan terus diadakan,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, pagi tadi Pergerakan Pemuda Umno memberikan anugerah Tokoh Pemuda Umno Malaysia kepada bekas presiden parti itu bagi menghargai pengorbanannya. Najib juga pernah memimpin Pemuda Umno bermula Mei 1988 sehingga 1993.

Trofi anugerah disampaikan oleh Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh kepada Najib yang diwakili oleh anaknya, Nizar dan adiknya Nazifuddi bagi pihak keluarga.

Pada majlis itu, kedua-dua mereka tidak dapat menahan diri daripada sebak dan menitiskan air mata.

Sebuah video turut ditayangkan kepada perwakilan Pemuda Umno yang menceritakan sejarah dan rekod khidmat Najib sepanjang berkecimpung dalam politik.

Dewan Tun Razak kemudiannya bergema dengan laungan Bossku yang sinonim dengan nama Najib.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi tujuh pertuduhan jenayah dalam kes membabitkan SRC International Sdn Bhd.

Sementara itu, Nizar berkata bahawa ahli keluarganya menyerahkan  kepada kepimpinan parti untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam usaha membebaskan bekas ahli parlimen Pekan itu.

Katanya, ia termasuk membentangkan sebarang usul pada perhimpunan agung tahun ini atau menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang dijangka menghadiri perhimpunan itu esok.

“Saya serah kepada kepimpinan parti melaksanakan kebijaksanaan mereka menentukan apakah langkah-langkah sewajarnya membantu ayanda dibebaskan.

“Sudah tentu selaku ahli keluarga saya sangat berharap suatu akan dilakukan agar beliau dapat pembelaan yang secukupnya dan dibebaskan dalam masa yang terdekat,” katanya.

Pada 31 Mac lalu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, dalam keputusan majoriti 4-1, menolak permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan terhadap kes rasuah SRC International.

Keputusan itu selari dengan keputusan pada 23 Ogos tahun lepas oleh panel hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang mengekalkan keputusan bersalah Najib serta hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta yang dijatuhkan.6

Umno yang kini menjadi parti penting dalam pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim, telah memfailkan petisyen untuk memohon pengampunan terhadap Najib.

Tindakan itu memberi tekanan kepada Anwar yang turut berada dalam Lembaga Pengampunan – atas kapasitinya sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan – yang akan menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung permohonan itu.

Najib juga mempunyai tiga lagi kes mahkamah jenayah yang belum selesai – iaitu perbicaraan rasuah 1MDB , membabitkan penyelewengan RM2.28 bilion, kes pengubahan wang haram SRC International berasingan melibatkan RM27 juta, dan kes pecah amanah International Petroleum Investment Company (IPIC) bernilai RM6.6 bilion.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker