Dhabitah ikhlas berjuang demi negara

Dhabitah ikhlas berjuang demi negara

Nama Nur Dhabitah Sabri mula meniti di bibir peminat sukan terjun negara apabila sudah meraih beberapa kejayaan membanggakan.

Pada usia 23 tahun, Dhabitah sudah menggalas tanggungjawab besar untuk negara di pentas antarabangsa sepertimana yang pernah dilalui oleh seniornya yang juga ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong.



Kejayaan terkini diraihnya adalah memenangi tiga pingat di Sukan Komanwel Birmingham 2022, Ogos lalu biarpun beraksi dalam empat acara berbeza.

Dhabitah meraih dua pingat perak menerusi acara 3 meter (m) papan anjal individu dan seirama bersama Ng Yan Yee selain gangsa bagi kategori campuran bergandingan dengan Muhammad Syafiq Puteh.

Dia yang turut bergandingan bersama Datuk Pandelela Rinong dalam acara 10m platform seirama menamatkan saingan di tempat keempat.

Bagi Dhabitah, dia akan cuba melakukan yang terbaik setiap kali membawa nama negara di pentas antarabangsa selain mahu meraih lebih banyak lagi kejayaan selepas ini.



“Saya cuba buat yang terbaik dan tidak membiarkan kepenatan menjejaskan mental saya. Saya gembira dapat mengekalkan prestasi sehingga tamat saingan dan membawa pulang tiga pingat.

“Kami tidak memiliki penerjun yang cukup ketika ini. Saya memang berlatih untuk acara seirama dan platform. Jadi, apa saja acara yang mereka mahukan saya sertai, saya akan sertainya.

“Lagipun, ini semua untuk negara, selagi mampu saya akan lakukan. Saya pun masih muda,” katanya yang tercalon dalam kategori Ikon Sukan Wanita Breakthru untuk Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro.

Dapatkan borang undian AIS di dalam akhbar Harian Metro atau boleh mengundi melalui www.hmetro.com.my/AIS.



Dhabitah ikhlas berjuang demi negara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]



Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)

Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker