Tuduh Umno bersekongkol dengan DAP, PN buat ‘serangan rambang’ – Zahid

#PRU15

Tuduh Umno bersekongkol dengan DAP, PN buat ‘serangan rambang’ – Zahid

Perikatan Nasional (PN) terpaksa beralih kepada “serangan rambang” terhadap Umno, dengan mendakwa parti itu akan bekerjasama dengan gabungan yang merangkumi DAP, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, serangan itu dibuat kerana harapan PN untuk menubuhkan “khemah besar” yang merangkumi semua pihak tidak menjadi kenyataan.

“Sebab itu mereka tidak buat serangan bersasar, (sebaliknya) mereka serang secara rawak,” katanya selepas sebuah majlis sempena Deepavali di sini malam tadi.

“Khemah besar” ialah istilah yang digunakan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim bagi sebuah pakatan yang membabitkan semua parti pembangkang menentang Barisan Nasional (BN).

Mac lepas, Zahid berkata, Umno tidak akan membentuk pakatan dengan DAP, Bersatu mahupun Anwar.

Pada majlis malam tadi, Zahid turut ditanya bagaimana beliau bercadang mahu meyakinkan rakyat bahawa Ismail Sabri Yaakob adalah satu-satunya calon perdana menteri BN selepas pilihan raya.

Zahid berkata, beliau percaya dengan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk memilih perdana menteri seterusnya menggunakan kuasanya mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Saya yakin bahawa Agong, atas kebijaksanaannya, akan menentukan siapa yang akan menjadi perdana menteri sebaik sahaja BN memperoleh majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Zahid menepis laporan bahawa jentera pilihan raya Umno lemah di kawasan tertentu dengan berkata, sokongan pengundi adalah sama penting.

Katanya, beliau yakin bahagian jentera BN yang lemah akan diperkukuh untuk meraih sokongan bukan sahaja daripada ahli parti komponen BN tetapi juga daripada pihak “atas pagar”. FMT

Tuduh Umno bersekongkol dengan DAP, PN buat ‘serangan rambang’ – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]

Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)

Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker