Shaheizy Sam nekad boikot entiti terlibat dengan Israel

Shaheizy Sam nekad boikot entiti terlibat dengan Israel

PELAKON Shaheizy Sam mengakui sedang dalam usaha untuk memboikot kesemua syarikat atau sebarang entiti yang terlibat dalam pemberian sumbangan kepada ekonomi dan ketenteraan Israel.

Menurut Sam, langkah itu diambil bagi membantu dalam bersolidariti terhadap rakyat Palestin dan Gaza, selain sebagai ‘kecaman’ terhadap perbuatan kejam rejim zionis.



“Buat masa ini saya sedang dalam usaha untuk memboikot sebarang syarikat yang memberikan bantuan kepada rejim zionis secara langsung atau tidak.

“Ada syarikat tak memberi sumbangan kepada Israel tapi mereka membayar caj tertentu kepada ibu syarikat yang kita sendiri tak tahu ke mana duit itu.

“Kalau saya dengar duit itu disalurkan untuk tujuan kebinasaan, saya akan berhenti beli. Saya ada list produk yang perlu dielakkan, yang ada kena mengena dengan kekejaman Israel.

“Dalam masa sama, saya akan sentiasa kongsi dengan pengikut saya di media sosial,” katanya.



Sam berkata demikian pada majlis tayangan perdana filem La Luna yang diadakan di ibu kota semalam.

Dalam pada itu, Sam berharap agar masyarakat dapat menyokong barangan buatan tempatan seiring selepas berhasil dengan tindakan memboikot.

“Saya tak kisah kalau tak pakai barangan mewah, janji saya tahu saya buat benda yang betul dan baik.

“Jadi, saya akan terus sokong barangan buatan Malaysia. Dalam masa sama saya berharap agar selepas mendapat sokongan daripada masyarakat, mereka janganlah kedekut dengan kita pula,” katanya lagi. Gempak



Shaheizy Sam nekad boikot entiti terlibat dengan Israel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker